Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Ini Beri Makan Gelandangan Tanpa Kira Agama & Bangsa, Ramai Tersentuh Hati Dengan Cara Dia

Peniaga Ini Beri Makan Gelandangan Tanpa Kira Agama & Bangsa, Ramai Tersentuh Hati Dengan Cara Dia

Kategori:
beri makan gelandangan

Bercakap berkenaan nasib, tidak semua orang memiliki nasib yang baik. Tuhan menciptakan yang senang dan yang susah kerana ingin menunjukkan kita semua saling memerlukan.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang peniaga Nasi Ayam Gepuk Pak Agus, sifat dan tindakannya harus diberi pujian dan penghargaan.

“No Problem Aunty, Makan Je..”, Peniaga Ini Beri Makan Gelandangan, Tidak Kira Agama & Bangsa Seseorang

beri makan gelandangan

Menerusi video yank dikongsikan di laman TikToknya, dia menolong seorang gelandangan wanita berbangsa India dengan memberi makan kepadanya tanpa berkira. Mengenepikan kefahaman agama dan juga bangsa, dia percaya bahawa semua manusia miliki rasa yang sama.

“Aunty ni kami bagi free everytime dia datang. Dia homeless kawasan kedai kami. No problem aunty ya. Makan je.

“Sekitar kedai makan saya memang terdapat ramai gelandangan. Mereka selalu datang minta makan. It’s okay, kami bagi free je ya. Doakan kami murah rezeki selalu,” katanya dalam video beri makan gelandangan tersebut.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita India diberi makan nasi ayam gepuk di kedai makannya dengan begitu selera.

beri makan gelandangan

@shafiqrazak46

sekitar kedai kami AYAM GEPUK PAK AGUS “pedas terciduk” di Bandar Kajang ni mmg ramai homeless. Selalu mereka dtg minta makan, its ok..kami bagi free je ya. Doakan kami murah rezeki selalu. Outlet kami alhamdulilah dah ada di Bangi Square dan Kg Pandan Dalam(Ampang) sekarang. Doakan kami je ya..aminnn #ayamgepepuk #ayamgepukpakagus #agus #pakagus #fyp #viralvideo #ampang #bangi #kajang

♬ Saya Anak Malaysia (Mandarin Version) – Thomas & Jack & FS (Fuying & Sam) & Daniel Cheah & Haoren & Priscilla Abby & Pink & Ribbon Ooi & Michiyo Ho & Jeryl Lee

@shafiqrazak46 sekitar kedai kami AYAM GEPUK PAK AGUS “pedas terciduk” di Bandar Kajang ni mmg ramai homeless. Selalu mereka dtg minta makan, its ok..kami bagi free je ya. Doakan kami murah rezeki selalu. Outlet kami alhamdulilah dah ada di Bangi Square dan Kg Pandan Dalam(Ampang) sekarang. Doakan kami je ya..aminnn #ayamgepepuk #ayamgepukpakagus #agus #pakagus #fyp #viralvideo #ampang #bangi #kajang ♬ Saya Anak Malaysia (Mandarin Version) – Thomas & Jack & FS (Fuying & Sam) & Daniel Cheah & Haoren & Priscilla Abby & Pink & Ribbon Ooi & Michiyo Ho & Jeryl Lee

Untuk info, setakat ini cawangan kedai makan mereka sudah terdapat di Bangi Square dan Kampung Pandan Dalam Ampang.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen dan orang ramai memuji tindakan peniaga tersebut. Kata mereka, pertolongan sebegitu menyelamatkan banyak jiwa. Walau ia dilihat kecil, tetapi si penerima akan menganggap ianya adalah satu pertolongan yang berharga.

“Tuhan akan jaga you sebab buat benda baik tanpa kira agama dan bangsa. Malaysia hidup,” kata seorang netizen.

“Terima kasih berkongsi rezeki. Semoga apa jua yang tuan lakukan dapat keberkatan. Semoga maju jaya dalam perniagaan,” kata netizen lain bernama Ajip.

Tuhan Permudahkan Rezeki Sebab Kira Orang Tak kIra Bangsa Dan Agama – Doa Netizen

beri makan gelandangan

 

Terbuktilah melalui kisah beri makan gelandangan ini, kebaikan menyelamatkan jiwa manusia. Dalam dunia yang serba cedera, kemanusiaan menyatukan kita semua. Jangan takut dan berhenti berbuat baik.

Tuhan akan membalas kebaikan seseorang tanpa diduga. Percayalah, rezeki yang kita peroleh dengan tak dijangka adalah ganjaran kebaikan yang dianggap kecil, tetapi besar di mata orang lain.

Semoga dipermudahkan urusan buat kita semua.

Sumber: Shafiq Razak

Baca juga: Nasi Lemak Bangsudu RM1, Ramai Suruh Naikkan Harga Tapi Peniaga Enggan, Sampai Khairul Aming Pun Datang!

tags: | |