Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Buang 100 Ekor Ayam Sebab Bahan Perap Berbuih, Tak Tergamak Tipu Pelanggan Takut Keracunan Makanan

Peniaga Buang 100 Ekor Ayam Sebab Bahan Perap Berbuih, Tak Tergamak Tipu Pelanggan Takut Keracunan Makanan

Kategori:
peniaga buang 100 ekor ayam

Menjadi satu lumrah di dalam dunia perniagaan, setiap perjalanan pasti ada turun dan naiknya. Untung dan rugi merupakan kebiasaan yang menjadi lumrah.

Begitulah situasi yang dihadapi pasangan peniaga, Ahmad Faizal Abdullah dan isterinya, Noraziah Hasbullah apabila 100 ekor ayam di kedai mereka di Mentakab, Pahang terpaksa dibuang pada 11 April lalu.

Peniaga Buang 100 Ekor Ayam Sebab Bahan Perap Berbuih, Tak Tergamak Tipu Pelanggan Takut Keracunan Makanan

Menurut mStar, penguasaha kedai Port Bako-Bako yang popular dengan menu ayam tong itu berkata dia reda dengan apa yang berlaku.

“Ayam tu sebenarnya baru saja ambil. Ada kesan lebam pada ayam. Tukang perap dah perasan, tapi dia tak biasa situasi macam tu. Jadi dia kumpul ayam dan perap dalam satu bekas.

“Apabila ayam yang dah busuk terendam dengan bahan perap, aayam yyang masih elok pun ikut berbau. Kemudian bahan perap jadi berbuih. Terus staf saya tak beranni nak bakar.

“Selepas kami periksaa balik, ayam memang dah tak boleh pakai, Jadi kami ambil keputusan untuk buang saja. Kalau dikira rugi dalam RM2,000,” ujar peniaga terbabit.

Sanggup Rugi RM2,000 Untuk Pastikan Keselamatan Peniaga

Melihat ruangan komen, ada segelintir netizen yang menyuruhnya meletakkan cuka untuk mengelakkan pembaziran. Selain itu, ada juga yaang memberi cadangan supaya memberi kepada haiwan lain.

Tetapi, dia tiada masa kerana sibuk menyiapkan tempahan iftar.

“Ada yang suruh kami bagi pada kucing. Masalahnya seekor kucing tak mungkin daoat habiskan seekor ayam. Takkan kami nak cari kucing seekor demi seekor untuk bagi makan. Ayam tu ada 100 ekor.

“Ada juga yang suruh saya bagi dekat anjing. Tapi kami tak sempat sebab tengah kejar tempahan lain. Selain itu, ada juga yang cadangkan supaya saya sedekahkan ayam tu semua kepada zoo. Kat sini mana ada zoo.

“Cadangan itu bagus, tapi tak kena dengan situasi,” katanya yang mula berniaga sejak dua tahun lepas.

@ayamtong Semoga ade sinar di penghujung jalan.. Kami redha🥰#ayamtongmentakab #fyp #makananviral #makananbesttemerloh #temerlohphang #foodhuntermalaysia #ayambakar #ridetoayamtong #viral #makanlokal #fypシ #tempatmakanviral #makansedapmentakab #ikanbakar #kambingbakar #tempatmakansedaptemerloh #matrempit #matrempit🇲🇾🏁🏴‍☠️ #matrempitpartime #matrempitmalaysia #temerloh ♬ Mockingbird by Eminen – 🥀🖤🎧

Banyak Cadangan, Tapi Tak Kena Situasi

Pujian patut diberikaan kepada peniaga ini kerana mementingkan keselamaatan pelanggannya berbanding untung semata-mata. Semoga dipermudahkan urusan buat semua.

Untuk info, menu ayam tong yang dijual di Mentakab, Temerloh, Pahang tersebut dijual pada harga RM26, RM28 dan RM30 mengikut saiz. Ia dihidangkan bersama sos istimewa.

Sumber: ayam tong / mStar

Baca juga: Ramai Peniaga Bazar Mengadu Jualan Tak Laku, Pengunjung Ramai Tapi Tidak Membeli, Hanya Jalan-Jalan Saja

tags: |