Setiap perniagaan yang membawa kepada kejayaan, pasti ada pahit getir yang perlu dilalui oleh pengusaha atau penjual terbabit.
Ingin senang, bukanlah senang. Tetapi, dengan sikap yang sentiasa ingin mencuba dan juga istiqamah dalam melalukukan pekerjaan dengan meletakkan pengaharapan pada Tuhan, pasti akan membuahkan hasil.
Selain itu, menjaga hubungan sesama manusia juga merupakan hal yang sangat dituntut oleh agama. Ia membawa berkat kepada kehidupan kita.
Terbaharu, sebuah video seorang peniaga tular apabila mendapat pujian dan perhatian netizen berkenaan sikap suaminya yang selalu membasuh dan mencuci lantai koridor di hadapan kedai orang lain.
Menurut netizen, sikap sebegitu sangat jarang berlaku kepada peniaga lain. Mereka mengatakan bahawa sikap yang menjaga hubungan dengan manusia lain merupakan salah satu faktor peniaga crepe, Kieda Crepe Penang berjaya.
“Terima kasih suami selalau mudahkan urusan isterimu.
“Macam mana tak sayang suami, tengok ni. Setiap hari tutup kedai tak pernah tinggal sekali pun cuci depan kedai-kedai koridor orang.
“Orang dah bagi pelanggan kita beratur depan kedai dorang, jadi kita kena jaga baik-baik. Hari-hari saya cuci, wajib.
“Kita kena jaga. Kita jaga kita. Selagi mana orang okay dengan kita, kita okay dengan orang. Kerja elok-elok, bersih-bersih,” jelasnya dalam video berkenaan.
Terdahulu, kedainya diserbu orang ramai kerana tular dengan video-video perniagaan manisan crepenya di media sosial. Melalui video-videonya yang lain juga, dia juga menunjukkan bahawa dia sentiasa menjaga kesenangan pelanggannya.
Ada hari yang pelanggan harus beratur dan menunggu lama sebelum dia buka kedai, dia menjamu pelanggan dengan makan dan minum yang tersedia secara percuma sambil pelanggan menunggu.
Dia percaya, jika dia baik dengan orang, tak kira pelanggan atau sesiapa, Tuhan pasti akan menggandakan rezeki.
https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7125795412220333339?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7108336414912185857
@kiedacrepe Takmau pekakk pakai earfon mai kedai okay?🤣🤣 terima kasih suami selaluuuuu mudahkan segala urusan isteri mu❤️❤️ #fypage #kiedacrepe #hqkiedacrepe_penang ♬ original sound – KiedAmy
https://www.tiktok.com/@kiedacrepe/video/7126036055186246938?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7108336414912185857
@kiedacrepe Ya allah rezeki semua tetamu #hqkiedacrepe_penang harini!! #fypage #kiedacrepe ♬ Si Gendut – Agus Gobang
Melihat ruangan komen, ramai netizen dan orang ramai memuji cara peniaga crepe ataupun lebih dikenalai sebagai Kieda Crepe berniaga. Ia boleh dijadikan contoh buat peniaga lain untuk terus berkembang maju.
“Sebab tu lah rezeki Kieda melimpah ruah. Moga berjaya dunia akhirat.
“Bagus Kieda. Doakan saya jadi macam Kieda juga.
“Baguslah hang ni Kieda. Semoga aku kalau niaga nanti aku istiqamah untuk jaga hati customer, hati pekerja dan hati peniaga sekeliling aku. Terima kasih.
Itulah antara kata-kata netizen yang ingin mencontohi sikap menjaga hubungan dan kebajikan orang lain yang mungkin sesetengah peniaga terlepas pandang. Padahal, inilah asbab dan sebab sesuatu perniagaan itu dilimpahkan rezeki.
Terima kasih kerana sudah menunjukkan contoh baik untuk sentiasa berbuat baik dalam perniagaan. Semoga menjadi pedoman buat semua!
Sumber: KiedAmy
Baca juga: Pakcik Nasi Kandar Jerit ‘Hussein’ Panggil Burung Makan, Bukan Semua Orang Boleh Buat Macam Ni