Zaman sekarang, penganiayaan sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan kita. Sedih? Sudah pasti. Lebih-lebih lagi apabila melihat Melayu Islam yang melakukan hal sedemikian rupa. Tidak kira la sama ada penganiayaan dari segi apa sekalipun.
Entah ke mana rasa belas kasihan mereka yang menganiaya ini, mungkin sudah terbiasa dek berkali-kali menganiaya orang. Penganiayaan ini juga berlaku pada seorang penjual crepe apabila dia dianiaya oleh pihak vendor.
Menurut wanita yang dikenali dengan nama Nurlina Abd Halim menerusi aplikasi TikTok sempat meluahkan rasa kesalnya apabila duit jualan produknya tidak diberikan oleh pihak vendor.
Nurlina berniaga bukan untuk suka-suka namun untuk membantu ekonomi keluarga. Bersengkang mata di malam hari demi menyiapkan pesanan vendor dan pelanggan namun akhirnya tidak dibayar. Jika hal sebegini berlaku kepada korang, apa korang nak buat?
Menurut Nurlina, pihak vendor memintanya untuk restock lagi produknya. Mereka kata laris namun duit jualan sebelum ini masih belum diberikan. Lebih teruk lagi, apabila Nurlina mengunjungi kedai berkenaan, mereka seolah-olah buat tak nampak sahaja. Jauh sekali ingin menghulurkan wang jualan milik Nurlina.
“Dok habaq habis, laris. Suruh restock lagi. Tapi tak bagi duit jualan kami sebelum ni. Saya berniaga sebab saya ingin bantu ekonomi keluarga saya. Kalau saya kaya saya tak berniaga, bersengkang mata tak tidur malam”
Apabila diminta, barulah pihak vendor bank-in namun jumlah yang diterima tidak cukup. Kurang dari jumlah produk yang dijual.
“Bila kami p restock, ampa buat-buat tak nampak kami. Senyap sepi kot nak huluq duit jualan kami kaa. Diam sepi, tunggu minta dulu. Baqu nak kalut bank ini. Bila dah bank in, nah silap kira pulak. tu pun, saya tanya n habaq jumlah barang terjual. Awak bank in kurang dari produk yang dah jual..”
Sempat juga meluahkan rasa sedih memandangkan dia jenuh rolling modal sampai rasa nak pecah dada buat kerja namun tak dapat hasilnya. Tambahan pula barangan sekarang sudah mahal.
@nurlina_abdhalim #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #crepepremium #chemor #fypシ ♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang mendoakan Nurlina agak dipermudahkan segala urusan dan ada juga yang menasihatkan penjual ini agar mencari vendor lain yang ikhlas.
“Cari ja vendor yang ikhlas sis. Tak pun jual online sendiri..”, tulis Haikal di ruangan komen.
Manakala menurut pemilik akaun TikTok Tigerlala99 pula, dia menyarankan wanita ini agar menjual sendiri sahaja. Susah apabila berlaku kejadian sebegini. ” better jual sendiri..susah juga if jd camni nk rolling lg…”
Semoga penjual crepe ini dapat kembali wangnya dari pihak vendor. Semoga juga pihak vendor sedar atas penganiayaan yang dilakukan. Ingat, duit berkenaan bakal menjadi darah daging kita. Jadi elakkan lah jika korang tahu dan faham akan hukum hakam Islam apabila menggunakan wang bukan milik kita.
Sumber: TikTok Nurlina Abd Halim
Baca juga: “Murah La Tu..” Peniaga Hilang Mood, Nasi Lemak Ayam Berharga RM6 Dikatakan Mahal Oleh Pelanggan