Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Nak Bagi Free, Dia Tak Mahu..”, Peniaga Ini Dipuji Ramai Kerana Bantu Pakcik Cina, Ini Ceritanya..

“Nak Bagi Free, Dia Tak Mahu..”, Peniaga Ini Dipuji Ramai Kerana Bantu Pakcik Cina, Ini Ceritanya..

Kategori:
bantu Pakcik Cina

Dalam berniaga, pelbagai pengalaman akan dihadapi tidak kira hal yang melibatkan perkara berhadapan dengan pelanggan atau sekitar lainnya.

Seperti video yang dikongsikan oleh seorang peniaga nasi lemak di Georgetown Penang, pengalaman mendapat seorang pelanggan yang sentiasa berkunjung ke kedai makannya menyentuh hati sesiapa yang melihat video tersebut. Pelanggan tersebut mesra disapa dengan panggilan Uncle.

“Nak Bagi Free, Dia Tak Mahu..”, Peniaga Ini Dipuji Ramai Kerana Bantu Pakcik Cina, Ini Ceritanya..

bantu Pakcik Cina

Menurutnya, Pakcik Cina terbabit selalu memesan nasi putih serta lauk ayam untuk isterinya di rumah. Dia selalu menawarkan hidangan secara percuma kepada uncle berkenaan, tetapi selalu ditolak.

“Uncle ni customer regular saya since saya meniaga tanpa kedai lagi. Selalu ambil lauk ayam untuk bini dia. Saya selalu nak bagi free dia tak mahu. Dia nak bayar juga. Saya suka gurau tengok dia gelak. Thank you uncle selalu mari beli,” katanya dalam keterangan hantaran video bantu Pakcik Cina berkenaan.

Menerusi video terbabit, kelihatan peniaga tersebut sudah mesra melayan Uncle Cina itu. Dia tidak kekok untuk bergurau bagi menceriakan hari-hari mereka.

“Last-last cakap dekat uncle, ikut uncle lah bayar berapa. Nak bagi free dia tak mahu. Uncle ni macam ayah saya. Saya pun yatim piatu takda ayah,” kata peniaga itu lagi.

“Uncle Ni Macam Ayah Saya, Saya Pun Yatim Piatu “

bantu Pakcik Cina

@ciksuegebu

Uncle ni customer regular saya since saya meniaga tanpa kedai lagi , selalu ambik lauk ayam untuk bini dia , saya selalu nak bagi free dia takmau , dia nak bayaq jugak . saya suka gurau tengok dia gelak . Thank u uncle selalu mai beli . #localfood

♬ Izinkanlah – ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ ꧂

@nasilemakciksuepenang Uncle ni customer regular saya since saya meniaga tanpa kedai lagi , selalu ambik lauk ayam untuk bini dia , saya selalu nak bagi free dia takmau , dia nak bayaq jugak . saya suka gurau tengok dia gelak . Thank u uncle selalu mai beli . #localfood ♬ bunyi asal – ꧁ R.kay_Official ꧂

Meninjau ruangan komen netizen, perkongsian tentang Pakcik Cina itu mendapat perhatian ramai. Ramai yang turut tersentuh hati dengan kebaikan peniaga terbabit dan mendoakannya. Tanpa mengira kepercayaan dan bangsa seseorang, dia tetap menolong sesama manusia atas dasar kemanusiaan.

“Semoga rezeki sis semakin bertambah untuk tolong ramai orang,” kata Amy memberi komen peniaga bantu Pakcik Cina berkenaan.

“Semoga kamu dimurahkan rezeki. Kesian orang tua kadang teringin tapi tak cukup duit,” kata Tulip.

Selain itu, netizen juga bertanya kepada peniaga berkenaan untuk pergi menjenguk isteri Pakcik Cina terbabit jika tidak keberatan.

“Try pergi ke rumah uncle sis. Trylah jenguk aunty. Kot wife uncle sakit. Asbab Allah nak suruh kita bantu kalau dorang tak sihat,” kata netizen.

“Try Jenguk Rumah Uncle Tu…”

bantu Pakcik Cina

Menerusi kisah peniaga bantuk Pakcik Cina ini, semoga peniaga di luar sana yang selalu membantu orang-orang susah sebegini sentiasa dimurahkan rezeki untuk membantu ramai lagi yang memerlukan. Semoga menjadi pengajaran buat semua.

Sumber: Ciksuegebu

Baca juga: Abang Bomba Sado Jual Kuetiau, Bihun 50 Sen, Jadi Tumpuan Pengunjung

tags: | |