Beruntunglah seseorang itu jika dia mempunyai kreativiti dan kemahiran seni kerana bukan semua dapat memiliki itu.
Antara seni yang menjadi tumpuan masyarakat adalah seni pembuatan kek yang sememangnya memerlukan kemahiran tinggi. Lebih-lebih lagi, hidup di zaman teknologi yang pesat, pelbagai alat dan cara boleh diasah untuk membuat kek yang bukan sahaja sedap, tetapi kreatif dan lain dari yang lain.
Berbicara tentang seni kreatif kek, seorang pengusaha kek bernama Sufie Yana menarik minat orang ramai sehingga mengujakan orang ramai dengan tulisannya di atas kek.
Harus diperakui, bukan semua orang mempunyai bakat seperti ini. Mana tidaknya, dia berupaya untuk menghasilkan dekorasi seperti karangan yang boleh dibaca dengan jelas seolah-olah ia ditulis di atas sehelai kertas.
Menurut mStar, Sufie Yana memilih konsep hiasan ringkas dalam menyerlahkan hasil seninya.
“Antara koleksi kek karangan, deko calit-calit saja mudah. Bagi saya ia nampak cantik dan tak membazir krim,” tulisnya di suatu hantaran dalam Facebook Geng Hero Dapur.
Menyedari hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya sehingga dikongsikan di beberapa platform media sosial lain, dia menzahirkan rasa syukur.
Malah dia tidak lokek menjawab persoalan warga maya yang bertanyakan cara menulis dan mendekorasi kek.
“Alhamdulillah. Terima kasih semua kawan-kawan yang sudi komen, like dan share post.
“Untuk tulisan saya gunakan butter cream. Kalaun rajin boleh tengok TikTok, saya ada buat resipi dan cara menulis.
“Untuk dekorasi saya gunakan fresh cream sahaja,” ujarnya di hantaran tulisan kemas atas kek berkenaan.
Beroperasi di Langkawi, Kedah, wanita ini turut menyatakan dia tidak menyertai mana-mana kursus pembuatan kek untuk mempelajari teknik menulis, sebaliknya selalu membuat latihan dan praktis.
@mummysufie #cakeart #cakedecorating #cake #kekcantik #langkawikek #keklangkawi #fyplaaah #foryoupageofficiall #2023 #foryou #kekfreshlangkawi #tiktok #cakelangkawi #kekviral
@mummysufie #cakeart #cakedecorating #cake #kekcantik #langkawikek #keklangkawi #fyplaaah #foryoupageofficiall #2023 #foryou #kekfreshlangkawi #tiktok #cakelangkawi #kekviral ♬ Dreamland – 承利
Perkongsiannya itu membuatkan warga maya tampil meninggalkan komen teruja dengan hasil kreativitinya.
“Tulisan tu yang mahal… macam mana nak belajar menulis atas kek ya?”, soal netizen.
“Talented! Kemahiran Allah anugerahkan. Saya pun tak berapa pandai nak tulis atas kek”, kata seorang netizen lain.
Wah! Min pun teruja sangat tengok tulisan tulisan kemas atas kek tersebut. Memang cantik! Bukan semua orang dapat tulis sekemas itu. Semoga bakat ini diteruskan.
Sumber: Sufie Yana
Baca juga: Resipi Bihun Lada Hitam Sesuai Buat Rumah Terbuka, Susah Nak Jumpa Bihun Rasa Macam Ni