Selain nasi berlauk, nasi lemak sering menjadi santapan pagi bagi rakyat Malaysia. Hari-hari makan nasi mercu tanda Malaysia dan Melayu ini pun tidak mengapa. Tidak akan pernah bosan. Kesedapannya memang tiada tandingan ditambah pula dengan kesedapan sambal yang luar biasa.
Namun nak buat sendiri untuk sarapan pagi memang tidak sempat la kan? Lebih-lebih lagi jika kita seorang yang berkerjaya. Lebih baik beli nasi lemak di luar berbanding buat sendiri di rumah.
Berkenaan dengan nasi lemak ini, terbaharu viral sebuah video menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan peniaga nasi lemak yang meluahkan rasa kesal dan hilang mood apabila ada pelanggan memberitahu nasi lemaknya mahal.
Nasi lemak ayam yang dikenakan cas RM6 oleh peniaga yang dikenali dengan nama Cik Sue itu dikatakan mahal oleh pelanggan yang membeli. Cerita Cik Sue, pelanggan berkenaan terkejut apabila diberitahu harga nasi lemak tersebut RM6.
Sempat meluahkan rasa hilang mood setelah diberitahu sedemikian rupa walaupun sebelumnya mood wanita ini masih lagi baik.
“Saya mood elok pagi ni tau, tiba-tiba ada customer mari beli. Nasi dengan ayam enam ringgit. Apadia, nasi dengan ayam enam ringgit. Nasi lemak dengan ayam goreng dikatakan mahal. Aku tak mau membebei pagi-pagi..” luah Cik Sue menerusi video yang dikongsikan itu.
Nasi lemak ayam berharga RM6 untuk sebungkus memang agak wajar pada zaman sekarang. Ia perlu diambil kira segala kos seperti kos bahan mentah dan bahan basah. Termasuk juga tenaga yang diguna pakai dalam menyiapkan setiap makanan tersebut.
@ciksuegebu Hilang mood haqini , apa yang mahai taktaulah 😢
@nasilemakciksuepenangHilang mood haqini , apa yang mahai taktaulah 😢
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang berpendapat nasi lemak ayam RM6 itu mahal dan ada pula yang berpendapat harga tersebut murah serta okey sahaja.
Malah ada juga yang komen berkenaan dengan ayam mentah memandangkan ada yang mengaitkan harga ayam mentah yang sudah turun. Tulis Pat Mat Joker, ” Ayam mentah turun harga tak byk. Kos bahan nak masak semua naik harga. Kalau dah goreng, harga jd lain. Byk hidden kos customer tak tahu.”
Menurut Intan Suraya pula, harga tersebut memang harga sekarang. Mungkin hidangan peniaga ini sesuai dengan harganya. ” rm6 tu mmng dah harga dia skrg mngkin portion akk ni sesuai dgn rm6 sy sebagai peniaga ok klu portion sesuai dgn harga”, tulis Suraya di ruangan komen.
Manakala menurut Mieda Kamaruzaman pula, dekat tempatnya nasi lemak ayam baru RM4.
Jika dikaitkan dengan harga ayam mentah yang turun sekarang, hal tersebut memang tidak wajar. Walaupun ayam mentah turun harga, masih banyak lagi kos lain yang perlu diambil kira, mungkin sebab itu peniaga berkenaan menjual nasi lemak ayam pada harga RM6. Ditambah pula, jika kedai tersebut adalah di kawasan bandar.
Sumber: TikTok nasilemakciksuepenang
Baca juga: “Tak Baik Tau Siapa Yang Meniaga Macam Ni..” Anak Kecil Ini Menangis Kecewa Dapat Coklat Scam