Sebagai seorang penjual, kita haruslah sentiasa sifat terbuka dan sanggup menerima teguran pelanggan tak kira samada baik atau buruk. Teguran tersebut mungkin dapat membuat diri kita atau perniagaan kita lebih baik kelak.
Sifat peniaga ini dipuji oleh para netizen kerana beliau pandai alih situasi apabila ditegur seorang pak cik tentang makanan jualan beliau iaitu kerabu maggi masin dan pedas.
Video ini dikongsikan oleh tuan kedai itu sendiri iaitu dwarungkakatie di TikTok beliau. Ketika itu beliau sedang siaran langsung di laman media sosial beliau di kaunter bayaran. Tiba-tiba seorang pelanggan ketika hendak membayar, menegur kepada beliau bahawa kerabu maggi tersebut masin dan pedas.
Melalui reaksi muka beliau, mungkin terkejut tetapi beliau pandai dan pantas menerangkan kepada pak cik tersebut.
Beliau memberitahu kepada pelanggan tersebut bahawa pak cik tersebut boleh sahaja tukar balik makanan tersebut.
“Ingat rasa dia macam tu, kalau macam tu tak mai dah.”, bagitahu pak cik tersebut kepada tuan kedai tersebut.
“Kami dapat feedback okay sahaja sebab kami buat paste tu dah siap siap dah. Cedok kuah dan gaulkan sahajalah”, jelas beliau.
“Mungkin diorang cedok yang bawah tak sebati, tu kalau pak cik bagitahu dekat kami tadi. Kami boleh tukar.
Pak cik tersebut juga bersetuju bahawa mungkin pati di bawah paste tersebut yang tidak sebati dan ia menyebabkan masin.
Apa yang lebih mengejutkan netizen lagi, perniaga tersebut memberitahu kepada pak cik tersebut tidak perlu bayar kerabu maggi tersebut. Bukan sahaja pandai menghadapi situasi tersebut malah seorang yang baik hati terhadap perlanggan beliau.
Beliau juga berterima kasih kepada pak cik tersebut kerana memberitahu tentang rasa kerabu maggi tersebut dan meminta maaf kerana silapnya daripada pihak mereka.
@farhani_izati Tengah tengah live dapat komplen ๐ฑ #complain #feedbacks #tiktoklive
โฌ original sound – Warung Kak Atie Official ๐๐ด – ูุฑุญุงููุนุฒุชู
@dwarungkakatie Tengah tengah live dapat komplen ๐ฑ #complain #feedbacks #tiktoklive โฌ original sound – Warung Kak Atie Official ๐๐ด
Menjengah di ruangan komen ramai yang bersetuju dan memuji cara peniaga ini yang baik hati dengan pelanggan.
“Setakat ni saya pergi makan alhamdulillah, wife pun suka. Yang penting owner cenggini, saya 1st time tegur pun macam dah lama kenal.”, komen Muhamad_Helmy yang juga salah seorang pelanggan diwarungkakatie.
“Aku dengar pak cik tu kata ‘kalau mcm tu, boleh mai lagi la.’ Dengan aku sengih sekali.” komen daripada netizen bernama Syafaa’s shop terhadap video tersebut.
Bagusnya sifat seorang peniaga yang sentiasa bersenyum dan terima kritikan atau teguran oleh pelanggan sendiri. Perkara itu dapat kita naikkan lagi semangat kita untuk menjadi lebih baik untuk perniagaan kita sendiri.
Contohi sifat peniaga dwarungkakatie ini sehingga pelanggan sendiri suka dengan sifat beliau.
Kredit: dwarungkakatie