Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dianggap Melawan Hukum Fitrah, Peniaga Jalanan di India Ini Dipuji Kerana Guna Sarung Tangan Ketika Sediakan Makanan

Dianggap Melawan Hukum Fitrah, Peniaga Jalanan di India Ini Dipuji Kerana Guna Sarung Tangan Ketika Sediakan Makanan

Kategori:

Penyediaan makanan menggunakan kaedah yang bersih adalah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan. Di samping itu, persekitaran tempat penyediaan makanan juga mestilah berada dalam keadaan kemas agar kualiti serta kebersihan makanan terpelihara.

Ada kalanya, beberapa kejadian tentang penemuan makanan yang meloyakan masih berlaku sehingga membuatkan netizen kembang tekak.

Namun, isu ini bukanlah perkara asing di India lebih-lebih lagi bagi peniaga makanan jalanan.

Jika anda biasa melayari laman sosial, anda pasti sudah sedia maklum dengan gelagat peniaga jalanan di India yang jarang mengamalkan kebersihan dalam penyediaan makanan.

Biasanya, peniaga hanya akan menggunakan tangan tanpa beralaskan apa-apa  untuk mencedok makanan yang ingin diberikan pada pelanggan.

Peniaga Jalanan di India Melawan Hukum Fitrah

Namun, sebuah hantaran di TikTok didapati cukup mengejutkan warganet. Seorang peniaga jalanan di India baru-baru ini menjadi tular di TikTok apabila didapati menggunakan sarung tangan ketika menyediakan makanan. Selain itu, gerainya juga kelihatan cukup kemas dan bersih.

peniaga jalanan di india .

Video yang sudah mendapat 10.5 juta tontonan di TikTok itu ternyata cukup mengejutkan ramai warganet seluruh dunia termasuklah netizen dari Malaysia.

Dianggap penemuan yang jarang berlaku, rata-rata warganet tidak menyangka ada peniaga di India yang mementingkan kebersihan dalam bab penyediaan makanan.

Peniaga Street Food di India

Kebanyakan netizen juga akui ini merupakan kali pertama mereka melihat cara penyediaan makanan yang cukup kemas dan bersih oleh peniaga jalanan di India.

Peniaga Street Food di India

 

Peniaga Street Food di India Peniaga Street Food di India

Siap Pakai Senduk dan Pinggan Bersih

Di samping menggunakan sarung tangan plastik, peniaga tersebut juga dipuji kerana menggunakan senduk ketika mengambil kuah.

Berbanding peniaga street food di India yang biasa dilihat sebelum ini, mereka lazimnya hanya mencelup tangan untuk mencedok kuah sebelum diberikan kepada pelanggan.

Selain penyediaan makanan yang bersih, netizen turut kagum dengan penampilan peniaga yang dilihat cukup rapi dan kemas.

https://www.tiktok.com/@a.rev/video/7087092295752830234?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Benda Baik Perlu Dipuji

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sangat mengagumi cara kerja peniaga ini yang tidak mengikut cara penyediaan makanan oleh peniaga-peniaga lain di India.

Memang sangat jarang kita lihat cara penyediaan yang cukup bersih dari peniaga India, sampai ada yang menganggap peniaga ini sudah lulus kursus kulinari !

Peniaga Street Food di India

Peniaga luarbiasa ini menjadi bukti bahawa sebenarnya bukannya mustahil untuk peniaga jalanan menyediakan makanan dengan kaedah yang bersih. Semoga ramai lagi peniaga dapat contohi tatatertib peniaga ini dalam mengendalikan makanan.

Sumber : TikTok @a.rev

tags: