Jika kita ke kedai atau pasar raya terdekat, barang dapur dijual dalam betul botol atau bentuk paket.
Harga yang dijual pula mengikut harga pasaran atas jenama masing-masing.
Tetapi lain pula dengan beberapa buah kedai runcit di sebuah kampung di Semporna, Sabah. Mereka menjual barang dapur seperti garam, minyak dan sos dengan meletakkan ke dalam gelas plastik mengikut kuantiti yang dijual dengan harga sen.
Mengikut hantaran yang tular baru-baru ini di laman Facebook, satu akaun dengan nama 1SABAH berkongsi kisah itu dan mendapat perhatian ramai.
Ia menjadi perbincangan netizen apabila ramai yang baru mengetahui tentang kaedah penjualan tersebut.
Menurut hantaran akaun tersebut, beberapa kedai runcit di Semporna, Sabah menjual dengan cara tersebut apabila mereka ingin menolong orang kampung yang susah supaya mereka mampu membeli barangan dapur.
“Kenapa mereka menjual dengan cara ini? Sebab sebahagian penduduk kampung tidak mampu untuk beli sepaket garam, walaupun harga RM3.
“Bila dijual sebegini, harganya baru 30sen. Begitu juga dengan minyak masak. Harrganya 50 sen,” tulis perkongsian dari 1Sabah berkenaan.
Tambahnya lagi, para peniaga di kampung-kampung pedalaman boleh mempertimbangkan cara ini untuk membantu pendudukk kampung yang kurang berkemampuan.
Melihat kepada komen netizen tentang penjualan barang dapur di dalam gelas ini, rata-rata berpendapat bahawa inisiatif tersebut sangat bagus kerana secara tidak langsung banyak membantu orang yang memerlukan.
“Memang membantu penduduk setempat. Terbaik! Semoga peruncit ini diberi kemudahan dan kebahagiaan,” komen seorang netizen.
Selain itu, ada juga netizen yang mengambil cakna tentang tanggungjawab kerajaaan untuk menyelidik tentang alternatif lain, memandangkan alternatif ini agak terkesan kepada pencemaran laun dan daratan.
Sumber: 1SABAH