Budaya makanan di seluruh negara mempunyai perbezaan mengikut selera penduduk dan biasanya ini sudah diterapkan zaman berzaman mengikut nenek moyang masing-masing.
Seperti hidangan Kerak Nasi yang cukup popular di negara Korea, ramai yang terkejut dengan penjualan hidangan berkenaan yang biasanya tidak digemari oleh orang Malaysia di sini.
Tetapi jika di sana, Kerak Nasi dijadikan hidangan untuk berniaga kerana banyak permintaan oleh penduduk di sana yang suka akan makanan tersebut.
Seperti video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok, Mr M.A, dia menceritakan bagaimana pembuatan dan penjualan hidangan ini diproses lalu dijual kepada orang ramai.
Menurut video yang tular tersebut, dia berkata bahawa Kerak Nasi yang dipanggil Nurungji dijual pada harga RM25 dan merupakan makanan tradisional di sana.
“Bahan yang diperlukan hanyalah nasi. Ditekan-tekan pada bawah kuali dan dimasak dengan api sederhana. Setelah Kerak Nasi itu bertukar coklat, ia boleh diangkat dan jualan dalam sehari boleh mencecah sehingga 100 keping,” terangnya dalam video tersebut.Β
Melihat kepada komen netizen, ramai yang pelik dan ada yang berasa kagum dengan penjualan makanan ini di negara Korea. Ada juga yang tertanya-tanya mengenai rasa Kerak Nasi yang dijual di sana.
@mr_m.a_ Replying to @muhammaddaffi444 Jual kerak nasi pada harga rm25 #nurungji
β¬ original sound – π πΏ π .π – π πΏ π .π
@mr_m.a_ Replying to @muhammaddaffi444 Jual kerak nasi pada harga rm25 #nurungji β¬ original sound – π πΏ π .π
“Apa rasa Kerak ni ya?”
“RM25xRM100 = RM2500x30hari + RM75000. Untung lah kalau rajin.”
“Biasa dapat last kenduri, letak garam dan goreng. Perghhh rangup!”
Untuk info tambahan, kerak ini selalu dijadikan sarapan pagi oleh mereka di sana. Nasi dimasak untuk makan malam, keraknya disimpan untuk buat bubur sebagai sarapan pagi keesokan harinya.
Sumber: Mr M.AΒ
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi βRahsiaβ Pulut Kuning Kelantan Yang Super Sedap. Semua Rasa Cukup!