Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Terkejut Peniaga Jual Kerang RM20 Untuk 10 KG, Lelaki Ini Seru Orang Ramai Bantu Penduduk Di Sini Berniaga

Ramai Terkejut Peniaga Jual Kerang RM20 Untuk 10 KG, Lelaki Ini Seru Orang Ramai Bantu Penduduk Di Sini Berniaga

Kategori: ,
jual kerang

Harga makanan laut kerang sekarang dijual dengan harga RM9.00 untuk 1 kilogram (kg).

Kerang sedap dimasak rebus ataupun sambal mengikut citarasa masing-masing.

Penjualan kerang biasanya dapat didapati murah di pasar-pasar lokal.

Ramai Terkejut Peniaga Jual Kerang RM20 Untuk 10 KG, Lelaki Ini Seru Orang Ramai Bantu Penduduk Di Sini Berniaga

Namun, terdapat jualan kerang yang lebih murah harganya di Semporna Jalan Kampung Selamat, Sabah  sehingga dapat dibeli dengan harga RM4 untuk 2 kilogram hingga RM20 untuk 10 kilogram.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang lelaki di laman TikTok dengan nama TheRiverHunterChannel. Perkongsiannya mendapat perhatian ramai apabila orang ramai terkejut dengan harga yang dijual kerana terlalu murah.

Di samping itu, dia juga menyeru kepada orang ramai untuk membantu penduduk kampung ini jual kerang agar mereka dapat membeli barang keperluan untuk kelangsungan hidup.

jual kerang

RM4 satu bekas

Bantu Mereka Berniaga Untuk Kelangsungan Hidup

“Kesian sama dorang ni. Macam mana mahu bantu? Ramai-ramai mana yang berdekatan ke sini datang beli murah-murah sahaja.

“Dorang cari – jual kerang murah hanya mahu beli beras sama telur sahaja. Memang kesian geng ni. Cuba bayangkan sampai berapa keturunan lah dorang ni akan sampai macam ni,” katanya  menerusi video tersebut.

jual kerang

RM20 untuk 3 bekas

Difahamkan, mereka merupakan orang Bajau Laut yang mencari rezeki di sana.

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang teruja dengan harga tersebut dan tidak kurang juga ramai yang bersimpati dengan nasib penduduk di sana.

Mereka Jual Kerang &  Makanan Laut Murah Untuk Beli Keperluan Yang Lebih Memerlukan

“Kesian… jual harga dengan sangat murah. Letih kudrat pergi cari. Nak terus hidup terpaksa jual murah-murah. Janji dapat duit habuan beli beras. Dah lah beras pun mahal,” kata salah seorang netizen.

jual kerang

komen netizen

Jika anda berada berhampiran lokasi, ayuhlah sama-sama bantu membeli jualan makanan laut mereka supaya mereka boleh membeli barang keperluan lain yang lebih memerlukan demi kelangsungan hidup.

Dengan sifat kemanusiaan tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit, mereka perlu dibantu agar dapat meneruskan hidup seperti yang lain.

Semoga Tuhan permudahkan urusan pembaca Daily Makan dan semua.

Sumber: The River Hunter 

Baca juga: “Tak Banyak Syarikat F&B Bagi Gaji Tinggi Macam Ni” – Bungkus Kaw Kaw Tawar Gaji Cecah RM15 Ribu Untuk Pekerja Pemasaran, Ramai Puji Tindakan Ini

tags: | |