Dalam perkembangan teknologi yang semakin pesat, ramai peniaga menggunakan manfaat TikTok live sebagai medium perantaraan buat peniaga. Di platform itu, mereka dapat menambah dan menarik pelanggan hanya melalui hujung jari sahaja.
Apa yang membezakan adalah cara penyampaian seseorang melayan pelanggan. Peniaga yang melayan pelanggan dengan baik akan mendapat tempat di hati sesiapa sahaja yang menontonnya. Kebaikan yang diberi dibalas kembali dengan rezeki yang melimpah ruah.
Seperti satu video yang tular di laman TikTok, seorang peniaga kebab telah menyentuh hati netizen yang menonton TikTok livenya pada suatu malam. Ini kerana, perbualan live peniaga Kebab Kraze bersama seorang pelanggan wanita yang juga merupakan ibu mengandung mendapat perhatian ramai.
Melalui video berkenaan, peniaga kebab telah belanja pelanggan berkenaan hidangan shawarma large cheese kerana dia mengidam untuk memakannya. Ini ditambah pula dengan kesungguhan pelanggan berkenaan yang tetap memesan pesanan shawarma walaupun penghantaran aplikasi GrabFood ada sedikit masalah.
Kata pelanggan itu lagi, dia ingin membelinya di gerai terbabit tetapi suaminya telah tidur dan aplikasi GrabFood di kedai kebab terdapat sedikit masalah. Jadi, tindakan peniaga berkenaan membuatkan ramai netizen yang melihat video tersebut sedih dan terharu.
“Akak order Grab Friestime (kedai sebelah), awak tumpang dia sekali boleh? Akak direct bank in dekat Whatsapps awak,” kata pelanggan itu kepada peniaga Kebab Kraze.
Selepas melihat kesungguhan ibu mengandung yang mengidam shawarmanya, selain belanja pelanggan terbabit, peniaga tersebut gembira dan juga mendoakan kandungan pelanggannya agar selamat dan baik-baik sahaja.
“Saya doakan akak punya kandungan sihat dan keluar jadi anak yang soleh solehah. Ni shawarma akak, akak makan tau. Saya tengah tunggu Grab tu sampai ke rumah akak,” cerita peniaga Kebab Kraze itu lagi dan orang ramai mula sedih juga terharu.
Video berkenaan diakhiri dengan lawak pantun daripada peniaga fries yang memberi pantun lawak dan menggelikan hati kepada pelanggan tersebut.
“Keropok ubi keropok kentang, kepada akak terima kasih,” ujar peniaga fries terbabit dan ramai yang terhibur dengan pantunnya yang tidak mempunyai bunyi rima sama.
@kebabkraze husband akak ni limited edition 😂 #foodie #foodtiktok #MYfoodie #foodviral #makananviral #tiktokmalaysia #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg
@kebabkraze husband akak ni limited edition 😂 #foodie #foodtiktok #MYfoodie #foodviral #makananviral #tiktokmalaysia #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ original sound – Kebab Kraze
Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang terharu dengan kebaikan peniaga Kebab Kraze itu dan mendoakan peniaga agar dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.
“Baiknya awak adik. Akak doakan awak dimurahkan rezeki,” kata seorang netizen kepada peniaga Kebab Kraze di ruangan komen.
“Abang fries tu belajar pantun dari Jarjit ke..”, kata netizen lain dengan nama Calla Lily.
Melihat kepada kisah ini, kita percaya bahawa dalam berniaga, rezeki yang dikongsikan dengan ikhlas akan dibalas dengan rezeki yang lebih besar. Buktinya, ramai yang menyokong dan mendoakan peniaga agar dimurahkan rezeki dengan lebih banyak.
Sumber: Kebab Kraze
Baca juga: Pekerja Kedai Makan Bagi ‘Surat’ Kepada Pelanggan, Reaksinya Memilukan