Kenaikan harga barang mentah pastinya sudah sedia maklum dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap pasti merasainya satu beban yang cukup berat.
Belum lagi penjual kedai makan atau makanan yang mengambil kesempatan gara-gara kenaikan harga barangan ini. Ada dalam kalangan segelintir peniaga yang meletakkan harga jualan mereka dengan harga yang tidak masuk akal.
Mengambil kesempatan dalam kesempitan adalah satu perkara yang tidak wajar. Ingin untung dalam berniaga memang satu kebiasaan namun apabila meletakkan harga yang luar biasa pastinya ia bukanlah perkara yang baik.
Bukan semua peniaga di Malaysia yang bersikap begitu, hanyalah segelintir sahaja namun tolonglah hentikan teknik kejam tersebut. Kasihanilah mereka para pelajar dan masyarakat yang mempunyai masalah kewangan.
Terlampau sedih apabila mengenangkan ada peniaga kedai makan yang meletakkan harga yang cukup tinggi. Ambil nasi, ayam serta sedikit sayur sudah dikenakan cas sebanyak RM11. Itulah antara kejadian yang dilalui oleh sitimaisarah1411 dan bersama kawannya yang lain.
Siti Maisarah dan empat orang lagi kawannya yang pada ketika itu mengunjungi sebuah kedai makan untuk menjamu selera dikenakan cas sebanyak RM70. Jumlah tersebut memang agak besar mengenangkan mereka hanya makan nasi lauk biasa sahaja.
Seakan tidak logik namun itulah kebenarannya. Bahkan selain dikenakan cas sebanyak RM11 untuk ayam dan sayur, ada juga salah seorang kawannya yang dikenakan cas sebanyak RM8 untuk nasi, sayur dan telur masin.
Setiap seorang menu kawannya itu dikenakan cas melebihi RM5 seorang. Bagi orang kaya mungkin nilai yang sebegitu rupa tidak menjadi masalah.
@sitimaisarah1411 Total rm70.00 je awak π
β¬ original sound – KakLong Sarah ππ – KakLong Sarah ππ
@sitimaisarah1411Total rm70.00 je awak π
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Ada yang menyatakan nasi yang dikenakan cas RM8 melampau dan ada juga yang berseloroh harga yang dikenakan itu adalah termasuk pinggan.
Dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok dari keluarga meniaga yang meninggalkan komen menyatakan harga yang dikenaka itu dipanggil cekik darah. Walaupun barang mahal sekali pun namun harga yang dikenakan sangat tidak kena.
Tidak kurang juga ada yang menulis, pemilik kedai ini hendak pergi Mekah balik hari.
Faham keadaan sekarang menyebabkan peniaga kedai makan atau mana-mana peniaga makanan terpaksa menaikan harga barangan yang dijual. Namun begitu janganlah mengambil untung yang terlampau banyak dan berlebihan.
Letakkan harga yang berpatutan dan sesuai. Jangan terlampau mengejar keuntungan sehingga sanggup menganiaya pelanggan.
Sumber: TikTok sitimaisarah1411