Ramai diantara kita sebenarnya boleh dikategorikan sebagai orang yang hati tisu. Biasanya, orang-orang sebegini mudah tersentuh oleh hal-hal yang kecil. Misalnya, mendapat pertanyaan atau pemberian daripada orang lain, ia adalah hal yang besar bagi mereka. Mereka cenderung untuk menghargai perkara-perkara sebegini.
Seperti video yang tular semalam di laman TikTok yang menunjukkan bagaimana seorang peniaga kedai makan tiba-tiba menangis apabila disapa dengan satu pertanyaan.
Pada awalnya, peniaga berkenaan tidak mahu mengambil bayaran daripada pelanggannya itu kerana niat bersedekah. Dan dia hanya meminta doa untuk emaknya sebagai balasan semoga emak baik-baik sahaja. Rasa sebak itu bermula apabila hal ini dipertanya.
“Time nak bayar, abang ni tak mahu ambil duit. Tiba-tiba dia kata tak payah bayar lah. Kak tolong doa je dekat mak saya. Saya tanya, mak adik pi mana? Dan dia menangis. Mak takda dah.
“Aku cukup suka usik manusia jenis hati tisu laguni. Hat mengusik pun mak tak ada juga. Anak yatim rupanya kita,” jelasnya dalam video peniaga kedai makan tiba-tiba menangis.
Melihat daripada video, pelanggan tersebut sebak dan menahan rasa di dada. Ia adalah perihal yang tidak dapat diungkap. Kehilangan seseorang yang kita sayang begitu memerlukan kekuatan hati yang besar. Dengan sifat baiknya, dia menyalurkan pahala kepada arwah emaknya melalui bersedekah.
@aisyah_ariffin Aku cukup suka usik manusia jenih hati tisu laguni . ☺️ hat mengusik pon mak xda jugak 🙃 anak hatim rupanya kita @NasiAbeWok #12bersaudara
@aisyah_ariffin Aku cukup suka usik manusia jenih hati tisu laguni . ☺️ hat mengusik pon mak xda jugak 🙃 anak hatim rupanya kita @NasiAbeWok #12bersaudara ♬ bunyi asal – Bby 🤍 – .
Melihat ruangan komen netizen, orang ramai turut bersimpati dan ikut sebak melihat peniaga kedai makan tersebut. Ada juga diantara mereka yang berkongsi pengalaman sama sebagai insan yang kehilangan orang tersayang.
“Saya juga tak boleh orang sebut pasal emak dan ayah. Sebab keduanya sudah tiada,” komen netizen bernama Kun berkenaan kisah peniaga kedai makan sebak itu.
“Sama macam kami, kadang orang tanya awak dok jamu makan orang. Nak bagi rasuah ke? Saya cakap, saya sedekah untuk arwah ma dan abah. Bukan rasuah, sebab ma abah tak pernah ajar anak dia rasuah,” kongsi netizen lain.
“Kenapa buat saya sebak ni. Semoga emak kalian ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh,” doa netizen lain lagi bernama Yaya.
Melalui kisah peniaga kedai makan sebak ini, semoga kita terus sebarkan kebaikan, cinta dan kasih sayang. Hal itu menguatkan kita sebagai manusia. Dan semoga yang baik-baik sahaja kepada yang telah pergi. Semangat ya buat semua.
Sumber: Aisyah Ariffin