Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kasihankan Pelanggan, Peniaga Kekalkan Harga Martabak RM3 Di Bazar Ramadan

Kasihankan Pelanggan, Peniaga Kekalkan Harga Martabak RM3 Di Bazar Ramadan

Kategori:
Martabak RM3

Seorang peniaga di bazar Ramadan Sedim mengekalkan harga jualan Martabak RM3 di saat kenaikan harga bahan mentah ketika ini.

Ahmad Tarmimi Othman, 42, yang sudah 14 tahun berniaga bersama isterinya, Siti Zaleha Ramli, 40 berkata, dia tidak berniat untuk menaikkan harga Martabak RM3 kerana kasihankan pelanggan tetapnya.

Kasihankan Pelanggan, Peniaga Kekalkan Harga Martabak RM3 Di Bazar Ramadan

Menurutnya, walaupun harga dikekalkan, namun kualiti dan rasa martabak ayam dan daging masih sama seperti biasa.

“Saya berniaga setiap hari bukan sahaja pada bulan Ramadan.Martabak RM3

“Hari biasa pun saya jual RM3.

“Saya berniaga bukan untuk berlawan dengan orang walaupun kita sedar ada yang sudah jual sehingga RM5 sebiji,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadan Sedim di sini pada Khamis.

Ahmad Tarmimi berkata, jualannya beroperasi pada jam 3 petang setiap hari sepanjang Ramadan.

“Alhamdulillah jual murah ni bukan kata tak ada untung langsung, masih ada dan cukup untuk buat belanja serta pusing modal.Martabak RM3

“Lagipun kita berniaga kawasan kampung, harga Martabak RM3 ini dikira mereka mampu beli dan tidak membebankan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Inside Scoop Malaysia Beri Ruang Muslim Iftar Di Kedai, Tak Kisah Nak Bawa Makanan & Minuman Luar

tags: | | |