Dalam berniaga, pelbagai peristiwa dan musibah yang tak disangka akan berlaku. Terkadang, hal itu adalah hal yang tidak dijangka sama sekali dan peniaga perlu berhati-hati dengan apa yang bakal terjadi.
Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, seorang peniaga kopi jalanan menerima kerugian RM84 kerana mempercayai seorang pelanggan yang datang ke kedai untuk membeli air dan berhajat untuk menukar duit kecil.
Peniaga mengalami kerugian air kopi dan juga duit yang telah di scam oleh pelanggan terbabit. Hanya pasrah dan reda yang mampu diucap dan berharap agar Tuhan memurahkan rezeki yang lebih pada esok hari.
“Harini kena scam. Anggap takda rezeki RM84. Kisahnya datang seorang pelanggan ni nak tukar duit RM100 & order 2 air. Duit pecah bagi tapi dia tak bagi duit dia.
“Katanya akan datang nanti ambil kopi dan bagi duit. Tapi sampai tutup kedai dia tak datang. Moga esok rezeki mencurah-curah,” katanya dalam kisah peniaga luah rasa kesal kena scam duit oleh pelanggan.
Tambahnya, musibah yang tidak disangka itu dijadikan pengajaran buatnya untuk lebih berhati-hati di kemudian hari selain menasihatkan juga orang ramai dan peniaga di luar sana agar tidak tertipu dengan teknik penipuan sebegini.
“Dia juga ada buat trick yang sama dekat kedai lain. Lokasi dekat SHah Alam. Hati-hati ya peniaga semua,” tulisnya lagi dalam hantaran yang sama.
@joki_air Dia juga ada buat trik yg sama kat kedai lain. Loksi kat shah alam. Hati2 ya peniaga semua. 😔 #fyp
@kopiangah Dia juga ada buat trik yg sama kat kedai lain. Loksi kat shah alam. Hati2 ya peniaga semua. 😔 #fyp ♬ Yasir Lana – arief akdw
Melihat ruangan komen netizen, ramai yang turut kesal dengan sifat manusia yang menyusahkan orang lain dengan sebegitu rupa. Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman seakan sama dengan apa yang mereka alami dan mendoakan peniaga kopi terbabit.
“Pernah kena, dia (pelanggan) cakap nak tukar RM100 nak tukar duit kecil. Kita pun blur-blur hulur je. Katanya sekejap duit sekeping ada dekat bininya. Tapi tup-tup hilang,” luah seorang netizen dengan nama Raizan berkongsi pengalaman sama dengan kisah peniaga luah rasa kesal kena scam duit oleh pelanggan.
“Jangan sampai sebab RM84 tu dia boleh terjerumus dalam neraka. Sangat rugi. Buat dosa dengan Allah boleh minta ampun, dengan manusia? Fikir lah sendiri,” ujar netizen lain dengan nama Nuriz.
Semoga peniaga kopi berkenaan tabah dengan apa yang berlaku dan tidak menjadi batu penghalang untuk terus maju.
Jika sesiapa yang berada di lokasi berdekatan dan teringin untuk minum kopi, sokonglah dan kunjungilah kedai kopi jalanan terbabit di depan dewan MPK Bukit Naga, Shah Alam Selangor. Gerainya tertera dengan nama Kopi Angah di Seksyen 7.
Semoga kisah kena scam duit dengan pelanggan ini dijadikan ikhtibar juga buat peniaga lain untuk lebih berhati-hati. Semoga setiap dari kita dipermudahkan urusan.
Sumber: Kopi Angah