Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tolong Jaga Mulut..”, Peniaga Kesal Pelanggan Banding Harga Nasi Lemak Cakap Mahal, Jatuhkan Periuk Nasi Orang

“Tolong Jaga Mulut..”, Peniaga Kesal Pelanggan Banding Harga Nasi Lemak Cakap Mahal, Jatuhkan Periuk Nasi Orang

Kategori:
banding harga nasi lemak

Dalam berniaga, pelbagai cabaran akan dihadapi oleh seseorang dalam mencapai kejayaan. Cabaran seperti menerima kritikan dan tuduhan secara melulu ada kalanya amat menyesakkan. Dan sebeb itulah, peniaga harus tampil menjelaskan kritikan yang dikenakan terhadapnya.

Misalnya, seorang peniaga nasi lemak di lokasi Bukit Mertajam tampil memberi penjelasan atas kritikan orang ramai terhadap jualan nasi lemaknya. Ada pelanggan dan orang-orang yang membawa mulut bahawa nasi lemak yang dijualnya mahal.

“Tolong Jaga Mulut..”, Peniaga Kesal Pelanggan Banding Harga Nasi Lemak Cakap Mahal, Jatuhkan Periuk Nasi Orang

banding harga nasi lemak

Video perkongsian yang dikongsikan oleh Tok Lee itu menjelaskan kenapa dia menjual nasi lemak daging dengan harga RM5. Dengan itu, dia membuat perbandingan contoh kuantiti lauk daging nasi lemak yang dijual berharga RM3 dan RM5 untuk membuka minda orang-orang yang bercakap nasi lemaknya mahal.

“Dah letih nak hadap semua ni. Untuk makcik atau pakcik bawang, atok nak cuba buka mentaliti semua. Ni ada 2 nasi lemak. Telur, kacang, ikan bilis, timun. Semua sama kecuali kuantiti lauk daging. Untuk yangh sedikit, ada yang jual RM3 (gambar bawah).

banding harga nasi lemak

“Dan untuk yang daging banyak macam ni, atok jual RM5 (gambar bawah). Memang sama, tapi cubalah tengok portion dia. Daging yang ni banyak mana, yang tu banyak mana. Kalau hampa nak cakap RM3 murah, memang lah murah sebab RM3, dia letak lauk sedikit.

“Yang daging banyak tu, atok jual RM5. Tengok lah banyak mana daging dia. Hampa jangan lah cakap mahal. Untuk orang yang suka bawa mulut tak elok tu, cubalah tengok balik daging atok banyak mana. Hampa tahu ke daging sekilo berapa yang hampa nak cakap mahal tu?”, luahnya dalam penjelasan video peniaga kesal pelanggan banding harga nasi lemak itu.

Banding Nasi Lemak RM3 Dengan RM5, Tapi Tak Tengok Kuantiti

banding harga nasi lemak banding harga nasi lemak

Dalam pada itu, dia juga berkata bahawa jika orang ramai ingin memilih nasi lemak yang murah, dia boleh terima. Tetapi janganlah bawa mulut kepada orang lain yang mengatakan nasi lemak yang dijualnya mahal. Padahal, kuantiti lauk antara RM3 dan RM5 yang dijualnya memang berbeza.

“Hampa nak pilih nasi lemak murah, atok boleh terima tapi janganlah cakap atok jual mahal. Hampa faham tak keadaan atok ni macam mana. Hampa nak compare harga nasi lemak atok RM5 dan nasi lemak orang jual RM3 boleh, tapi tengoklah portion dia sekali lagi. Tolonglah jangan bawa mulut. Jangan nak jatuhkan periuk nasi atok sebab atok berniaga,” ujarnya.

Dia menambah bahawa dia boleh sahaja menjual nasi lemak dengan harga RM3, tetapi dia mahu menjaga kualiti serta kepuasan pelanggan yang datang membeli.

“Atok boleh jual RM3, tapi hampa puas ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengah hari,” katannya lagi.

https://www.tiktok.com/@toklee_granpader/video/7147545122626915611?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@toklee_granpader dah letih nk hadap semua ni. tolong atok share hal ni. #cyzbca #fypage #viraltiktok ♬ original sound – toklee_granpader

Meninjau ruangan komen, ramai orang yang menyokong kenyataan peniaga terbabit dan menyifatkan bahawa harga yang dijualnya sudah berpatutan dan memadai dengan apa yang dijual.

“Okay dah tu harga. Siapa yang pergi pasar tahu la harga daging sekilo berapa,” kata netizen bernama Hazzah memberi komen penjelasan video peniaga kesal pelanggan banding harga nasi lemak tersebut.

“Yang Mengata Mesti Tak Pernah Pergi Pasar”

banding harga nasi lemak

Jadi, sebagai pelanggan bijak, bandingkanlah harga mengikut kualiti dan kuantiti yang sama, bukan sebaliknya.

Sumber: Toklee 

Baca juga: “Makanan Jatuh, Kami Tetap Nak Bayar”, Rider Foodpanda Kemalangan, Tindakan Pelanggan Ini Buat Ramai Respect!

tags: | |