Siapa peminat kek dekat sini? Harini min nak buat perkongsian cara yang betul dengan resepi lengkap untuk buat kek chiffon pandan gebu tau. Kek ini memang popular masa dulu-dulu, sampailah sekarang.
Bagi yang nak cuba buat kek chiffon ni, seorang peniaga dan jurumasak handal di Facebook, Azlina Ina ada berkongsi resepi kek chiffon pandan gebu untuk rezeki bersama.
“Korang pernah buat kek chiffon pandan gebu tapi asyik fail je? Lagi yang asing kan kuning dengan putih telur tu salah buat kek berpinggang. Yang ni gerenti halus mulus dan jadi elok gebus gebas macam pipi mak,” katanya.
Jom kita ikut resepi ini!
Peniaga Kongsi Cara Betul Buat Kek Chiffon Pandan Gebu & Gerenti Halus Mulus, Resepi Sedap Wajib Try!
Bahan-Bahan:
- majerin
- 7 biji telur
- 1 cawan 1/2 gula hangus
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu besar serbuk penaik
- 1 sudu besar ovalate
- 1 sudu besar pewarna apple green
- 2 sudu besar pandan coconut
- 1/4 cawan santan dicampur air suam – jadilah 1/2 cawan
- 3 sudu besar yogurt plain
- loyang chiffon 8
- panola
Cara Penyediaan:
- Pada awalnya, cairkan marjerin. Sukat 1/2 cawan pastikan suam masa tuang dalam kek nanti.
- Satukan 7 biji telur, 1 cawan 1/2 gula halus + 1/2 sudu besar serbuk penaik. Ayak 2 kali, 1 sudu besar ovalet, 1 sudu besar ovalete, 1 sudu besar pewarna apple green, 2 sudu besar pandan coconut dan satukan kesemuanya dalam satu mangkuk.
- Mix slow 3 minit, lajukan high volume sampai sederhana gebu.
- Masukkan 1/4 cawan santan dicapur sedikit air suam so total jadi 1/2 cawan. Masuk sikit-sikit sampai habis.
- Tambah 3 sudu besar yogurt plain. Mix dan campur sampai gebu.
- Slowkan mixer masuk kan majerin atau butter cair tadi. Mix sekejap.
- Matikan mixer kacau sebati.
- Tuang dalam loyang chiffon 8. Loyang siap di spray panola.
- Isi 3/4 bekas. Suhu set 150-160 darjah celcius. Masa 50-1 jam.
- Apabila dah terbelah tu bermakna chiffon anda menjadi ya.
Siap sudah kek chiffon pandan gebu ni. Boleh lah try, nampak menarik sangat kan? Makan pula ramai-ramai dengan keluarga dan rakan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Azlina Ina Fans
Baca juga: Resepi Rempah Kari Ikan & Daging Homemade, Memang Padu Berbanding Rempah Kedai, Kena Cuba Buat!