Korang tak tahu nak buat dessert apa untuk makan-makan? Terlampau banyak sangat cadangan dessert kan? Jom, kita buat dessert yang sejuk di tekak. Hidangan pencuci mulut cheese strawberry ni memang sedap dan rasa berlemak.
Cara penyediaan yang senang oleh peniaga, Aishah Ariff boleh dirujuk untuk buat dessert cheese strawberry ni. Katanya, resepi ini memang dibuat jualan ketika dia berniaga.
Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!
Bahan-Bahan:
- 300 gram fresh cream (saya guna vivo)
- 500 gram cream cheese tatura
- biskut oreo
- buah strawberry
- susu pekat option, tak letak pun boleh
Cara Penyediaan:
- Putar dulu fresh cream sampai gebu, bekas lain putar cream cheese sampai lembut dan tak berketul. Satuka kedua-duannya dan putar lagi biar sebati.
- Kalau nak lebih manis, letak susu pekat. Saya tak letak sebab fresh cream dah manis.
- Bila dah sebati, bolehlah pipekan dalam bekas. Mula-mula masukkan cream dulu, susun buah dan biskut oreo, buat berselang seli. Ikot la berapa layer hampa nak. Lepas tu simpan dalam peti sejuk.
- Buah-buahan tu kalau nak guna buah lain lagi pun boleh sahaja. Lagi 1 saya letak susu pekat sebab biskut oreo tu dah manis dah. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.
- Siap dan boleh dihidang.
Dah siap kita punya dessert cheese strawberry yang super enak ni. Makan sejuk-sejuk memang nikmat. Pencuci mulut cheese strawberry ni memang sesuai dibuat untuk picnic atau mana-mana majlis yang santai.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba dan nikmati sendiri keenakannya!
Sumber: Aishah Ariff
Baca juga: Cara Buat Kudapan Smores Paling Mudah, Guna 3 Bahan Je Dah Dapat Isi Meleleh Coklat!