Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Lepas Je Asar, Kuah Rasa Lain..”, Peniaga Mahu Pergi Berubat, Yakin Bukan Salah Bahan Masakan

“Lepas Je Asar, Kuah Rasa Lain..”, Peniaga Mahu Pergi Berubat, Yakin Bukan Salah Bahan Masakan

Kategori:
pergi berubat

Biasanya sebagai peniaga makanan, memang sudah ditetapkan satu resepi sukatan yang khusus buat penjualan untuk mengekalkan rasa enak yang sama. Ini supaya pelanggan dapat merasakan rasa yang sama walaupun beli di lain hari dan waktu.

Selain itu, sukatan yang sama juga penting untuk peniaga ‘adjust’ rasa makanan jika ada yang perlu dipertingkatkan atau dikurangkan. Ia boleh dirujuk semula.

Berbicara tentang sukatan makanan, seorang peniaga tomyam kung mendakwa kuah yang dimasak olehnya bertukar rasa yang berbeza.

“Lepas Je Asar, Kuah Rasa Lain..”, Peniaga Mahu Pergi Berubat, Yakin Bukan Salah Bahan Masakan

Menurut Mstar, Nor Suzana Asma Ismail, 24, yang merupakan peniaga tomyam berkenaan mengatakan ia merupakan kejadian aneh yang pertama berlaku sejak mengushakaan gerai tomyam di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu awal tahun ini.

“Ya Allah, dugaan apa lah harini tiba-tiba tomyam rasa pahit. Mula-mula okay je, lepas je asar kuah rasa lain terus hari ini,” tulisnya bagi keterangan hantaran video TikTok tersebut.

Melihat kepada video terbabit, ada segelintir netizen yang menyatakan bahawa daun limau purut dan bijji limau menjadi faktor rasa kuah yang pahit. Tetapi Asma menafikan hal itu kerana dia sudah menapis biji dan daun limau dari awal.

pergi berubat

 

“Minggu lepas ketika sedang memasak, tiba-tiba kuah rasa pahit. Sebelum ini semua okay. Ini kali pertama kuah tak menjadi. Padahal saya masak guna teknik dan bahan yang sama.

“Sebelum ini tak pernah ada masalah sebab saya guna limau nipis yang betul. Tetapi ketika kejadian limau nipis yang saya guna rasa lain. Terus saya buang semuanya. Tak tahu kenapa masalah, biasanya okay sahaja,”katanya.

Dia membuat tindakan sebegitu rupa kerana risau dengan kualiti makanan kerana ucapnya, sejujurnya dia memang risau kerana nak bagi  orang makan.

“Terus Saya Buang Semuanya, Sebab Kita Kerja Bagi Orang Makan”

pergi berubat

Menurut Asma, dia peka dengan segala komen yang dilontarkan malah dia juga bersetuju dengan pandangan netizen agar sentiasa bersangka baik.

Pada masa sama, Asma juga tidak menolak kemungkinan sekiranya ia ada kaitan dengan elemen sihir dan turut merancang untuk berjuma pengamal perubatan Islam.

“Saya ada baca komen-komen di TikTok. Tapi tak tahulah, saya ni fikir baik-baik sahaja. Tapi biasalah orang meniaga, adat sesama Melayu. Sebolehnya saya taknak fikir benda sihir walau ramai cakap macam tu.

“Tapi netizen kata lebih baik pergi berubat sebelum ia melarat. Saya pun ada perancangan nak jumpa ustaz tapi tidak tahu bila,”. katanya.

Di sebalik kegusaran itu, Asma bersyukur kerana gerai yang diusahakannya mendapat sambutan baik malah dia turut menerima pelanggan dari luar Terenggabu mahu mahu merasai tomyam asli air tangannya.

https://www.tiktok.com/@mek_thai/video/7114632031652384026?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@mek_thai #dapurmekthai #fypシ #tomyamkelulut ♬ original sound – iswan ISHAK

Meninjau komen netizen, selain bersimpati dengan apa yang berlaku, beberapa netizen turut mendakwa kejadiaan berkenaan ada kaitan dengan perbuatan sihir dan memohon agar Asma mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

“Rasanya baik akak pergi berubat. Ada tak kena dengan kedai awak ni. Dulu mak saya berniaga, terkena macam awak.

“Mak saya pernah buka kedai makan kat kawasan akak menjual ni. Mak saya pernah kena. Ustaz tu cakap area Kelulut tu memang tempat paling ramai yang buat,” tulis netizen untuk menyarankan Asma pergi berubat.

“Baik Pergi Berubat, Mak Saya Pernah Kena Dekat Kawasan Sama”

pergi berubat

Semoga yang baik-baik saja buat peniaga ini dan diharapkan semua terlindung daripada hal-hal khianat manusia.

Sumber: Mstar

Baca juga: Tak Sanggup Minta Duit Dengan Ibu Ayah, Mahasiswa Terpaksa Tahan Lapar Sebab Kos Makanan Meninggi

tags: