Menjual jualan makanan dengan harga RM3 sememangnya sudah boleh dikategorikan dalam harga yang murah pada waktu sekarang.
Seperti jualan yang dijual oleh peniaga makanan dengan nama @the3ringgit, dia menjual pelbagai makanan dengan hanya hanya RM3.
Tetapi, jualan makanan RM3 berkenaan masih menerima rungutan dari pelanggan yang meminta membuat caj penghantaran secara percuma.
Bukan sekatat itu, ada juga yang meminta untuk ditukarkan lauk shellout RM3 dengan lauk udang yang banyak.
Lantaran itu, peniaga wanita yang dikenalu sebagai Ain itu meluahkan rasa kekecewaan melalui hantaran video di akaun TikToknya @the3ringgit.
“Makanan aku semuanya satu RM3, siapa yang order (pesan) pun tetap RM3, kita tak ada portion RM6 ke RM8 ke, RM10,” katanya.
Apa yang menjadi perhatian adalah gaya wanita itu yang ‘menyekolahkan’ segelintir pelanggannya yang membuat permintaan tidak masuk akal antaranya seperti mahu kos penghantaran secara percuma.
“Kita tak ada free Lalamove dik. Akak dah jual murah dik. Adik jangan merentan-rentan eh. Semua nak percuma je hidup kau.
“Tak ada, Lalamove kena bayar sendiri tak pun pick up (ambil) je dekat kedai akak eh,” terangnya.
Malah, wanita itu mendakwa ada pelanggannya yang hanya mahukan udang dalam menu Shell Out jualannya yang berharga RM3 itu.
“Lepas tu, ‘akak saya tak suka makan cengkerang-cengkerang, saya nak udang je’, akak punya Shell Out tu RM3, bukan RM30. Jangan nak request yang bukan-bukan.
“Akak dah jual cukup main murah, kau merentan-rentan eh. Lepas tu, viralkan, kata portion sikit, RM3 what you expect, bukan RM30,” jeritnya dalam nada bergurau.
Difahamkan, kedai jualan wanita itu terletak di Bukit Lintang, Melaka.
Video yang telah mendapat lebih 2.5 juta tontonan dan turut dikongsikan di platform X itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat Ain yang dilihat tegas namun bersahaja ketika memberi peringatan kepada pelanggannya itu.
Malah, ada pengguna yang tidak menyangka masih ada segelintir individu yang sanggup meminta kos penghantaran percuma walaupun harga jualan makana yang dijual olehnya amat murah.
Tidak kurang ada yang berkongsi pengalaman sendiri telah berkunjung ke gerai jualan wanita itu.
Sumber: Buzzkini & The3ringgit