Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semua Hampir Sama..”, Peniaga Mee Warisan Kesal Ada Peniaga Baru Tiru Konsep Kedainya, Meniaga Pula Dekat Sebelah..

“Semua Hampir Sama..”, Peniaga Mee Warisan Kesal Ada Peniaga Baru Tiru Konsep Kedainya, Meniaga Pula Dekat Sebelah..

Kategori:
Mee Warisan

Antara kedai makan yang menjadi kegemaran dan bualan ramai di Kelantan adalah restoran Mee Warisan yang terletak di Jalan Sultanah Zainab.

Ini kerana, mee merupakan kegemaran bukan sahaja orang Melayu, malah Cina dan India serta kebanyakan kaum lain yang berbilang bangsa.

Mereka menyediakan wantan mee, mee daging dan tomyam yang selalu menjadi permintaan ramai jika berkunjung ke sana. Mee mereka diperbuat dari resipi tersendiri dengan tekstur yang kenyal dan sedap.

“Semua Hampir Sama..”, Peniaga Mee Warisan Kesal Ada Peniaga Baru Tiru Konsep Kedainya, Meniaga Pula Dekat Sebelah..

Terbaharu, sebuah pengumuman yang diuarkan oleh peniaga Mee Warisan hari ini mengejutkan orang ramai terutama pelanggan setianya.

Ini kerana, peniaga Mee Warisan yang dikenali sebagai Rafidi Asnan meluahkan rasa kesal dan sedih kerana ada peniaga baru yang baru mula beroperasi meniru konsep kedainya. Mee Warisan

Bukan sahaja meniru, tetapi peniaga baru itu juga beroperasi betul-betul di lokasi sebelah kedainya dengan meletakkkan signboard yang hampir sama. Ia hanya menukar produk jualan kepada kopi. Maka, terjadilah Kopi Warisan.

“Masuk tahun keempat, kami bermula ketika PKP. Ketika pergerakan kita terbatas. Kedai kecil yang boleh beroperasi 2-3 orang sahaja. Dan pernah kerja seorang saja. Marketing dan promosi hanya pada kawan-kawan sekolah.

“Promosi mulut ke mulut ni ambil masa sedikit tapi kesan dia kami ada ramai pelanggan setia. Mee Warisan

“Minggu lepas, ada orang baru yang tak dikenali menyewa sebelah kami guna design signboard yang hampir sama, malah menggunakan salah 1 signature kami sebagai nama kedai. Jalan mudah kan?”, luahnya sambil mempersoalkan apakah niat sebenar peniaga kedai tersebut. Mee Warisan

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen kerana ramai mempersoalkan tindakan yang dilihat sebagai tidak rasional berkenaan.

Melihat komen orang ramai, mereka meluahkan pandangan masing-masing selepas membaca kisah daripada peniaga Mee Warisan tersebut.

“Dia macam cerita Senario dulu. Kedai roti canai,” ujar netizen yang menyamakan kisah ini bagaikan di dalam filem Lagi-Lagi Senario.

Tergamak Buat Macam Tu? – NetizenMee Warisan

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dan mendapat keadilan kepada orang yang benar.

Sumber: Rafidi Asnan

Baca juga: Kita Sama Bantu..”, Lelaki Ini Sponsor Banner Free Untuk Warung Kampung, Tolong Market Dapatkan Pelanggan

tags: |