Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kenapa Ada Orang Cakap Saya Jual Mahal?”, Peniaga Nasi Lemak Kesal Pelanggan Tetap Merungut Walau Jual Macam Ni..

“Kenapa Ada Orang Cakap Saya Jual Mahal?”, Peniaga Nasi Lemak Kesal Pelanggan Tetap Merungut Walau Jual Macam Ni..

Kategori:
kesal pelanggan tetap merungut

Dalam ekonomi yang semakin terumbang-ambing, harga bahan mentah juga turut menaik walau dalam kadar sedikit. Hal itu terjadi kerana penjagaan bekalan makanan yang tidak menentu atas faktor inflasi dan sebagainya.

Oleh itu, ada peniaga yang menaikkan harga jualan mereka untuk menanggung kos bahan mentah yang semakin mahal. Ramai peniaga yang meluahkan rasa kecewa apabila pelanggan hanya tahu merungut dan tidak tahu situasi sebenar.

“Kenapa Ada Orang Cakap Saya Jual Mahal?”, Peniaga Nasi Lemak Kesal Pelanggan Tetap Merungut Walau Jual Macam Ni..

kesal pelanggan tetap merungut

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang peniaga nasi lemak kukus di Subang Jaya di laman TikTok, dia kesal apabila ada pelanggan yang menyatakan bahawa harga jualan nasi kukus yang dicaj olehnya adalah mahal. Ini kerana, dia hanya mengenakan RM7 bagi sebungkus nasi lemak yang dipenuhi dengan pelbagi lauk dan sayur.

“Kenapa ada orang cakap nasi lemak kukus saya mahal. Sedangkan saya letak kangkung, saya letak timun jepun, saya letak telur rebus, ayam goreng seketul.

“Nasi tu saya kukus 4 jam baru masak. Kenapa dengan harga RM7 orang cakap mahal,” luahnya di video kesal pelanggan tetap merungut itu.

RM7 Untuk Nasi Lemak, Telur Rebus, Timun Jepun, Sayur Kangkung

kesal pelanggan tetap merungut

@nasilemaksj_ ermm RM7 pun orang kata mahal 😭 #NLSJ #Nasilemakkukus #Viral #Fyp ♬ Tak Upaya Menangis Lagi_Siti Nordiana – JESBON76

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang berkata bahawa pelanggan yang merungut mungkin tidak tahu akan harga pasaran bahan mentah sekarang. Ramai juga yang bersependapat dengan peniaga tersebut bahawa harga yang dikenakaan sudah berpatutan.

“Sambal akak sedap, nasi lemak memang kena dengan tekak. Melaka hadir support, masa datang rumah mak saudara singgah beli sebelum balik,” komen netizen bernama Amin Syakilah.

Selain itu, netizen juga menyatakan bahawa harga yang dikenakan sudah berpatutan kerana jarang nasi lemak diletak sayur kangkung dalam kuantiti banyak sebegitu.

“Wahhh sedap nya. Murah dah tu RM7 siap ada kangkung,” kata Hani Bella.

“Kalau dorang cakap mahal, suruh dorang masak sendiri. Kita orang meniaga ni tahulah. Barang mentah semua naik,” tulis netizen bernama Mazkhaisaif memberi pendapat di perkongsian kesal pelanggan tetap merungut tentang harga itu.

“Ikut area juga kot. Saya gi Shah Alam dekat terminal 17 terkejut juga nasi lemak + kangkung + telur + kerang + sotong baru RM7. Kat belah KL, Puchong, Damansara, Puncak Jalil memang susah la nak dapat harga macam tu,” komen netizen bernama Izwan.

Kena Tengok Lokasi Jualan, Ada Kena Mahal, Ada Boleh Murah

kesal pelanggan tetap merungut

Melalui isu ini, untuk harga jualan makanan, pelanggan harus melihat kepada kuantiti yang diberi peniaga. Memang benar bahawa bahan mentah sekarang sudah semakin meningkat harganya. Dengan itu, peniaga harus menstabilkan harga jualan mengikut harga pasaran.

Makan di kedai atau makan di rumah, semuanya hak dan terletak di tangan seseorang.

Dan untuk peniaga secara umum, diharapnya peningakatan harga jualan tidaklah hingga mengaut untung yang lebih dan melampau. Mari sama-sama membantu antara satu sama lain.

Sumber: nasilemaksj_

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Harga Makan Sepinggan RM100, Ramai Netizen Cakap Ini Definisi Kaya Sebenar Bila..

tags: | |