Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Pisang Goreng Tidak Dibenarkan Untuk Guna Minyak Masak Paket, Orang Ramai Mulai Marah

Peniaga Pisang Goreng Tidak Dibenarkan Untuk Guna Minyak Masak Paket, Orang Ramai Mulai Marah

Kategori:
minyak masak paket

Sejak beberapa bulan yang lalu, banyak barangan mentah atau barangan dapur yang mula naik harga. Bermula dari gandum, ayam sehinggalah kepada minyak masak.

Malah minyak ini juga ditarik balik subsidinya oleh pihak kerajaan. Disebabkan itu, masyarakat kita pada hari ini terpaksa berkira-kira untuk membeli minyak masak memandangkan harganya cukup tinggi.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis minyak masak sama ada dalam botol atau pun dalam paket. Kebiasaannya para peniaga seperti peniaga kedai makan atau pun penjual makanan bergoreng, mereka akan membeli minyak masak kotak untuk kegunaan mereka.

Sejak dari dahulu lagi, rata-ratanya akan membeli minyak paket dalam kotak memandangkan harganya lebih rendah berbanding dalam botol. Lebih-lebih lagi saat sekarang ini, di mana harganya yang cukup tinggi.

Walaupun begitu, sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, minyak masak paket hanya untuk isi rumah dan peniaga kecil sahaja.

Peniaga pisang goreng tidak boleh gunakan minyak masak paket – PM

Namun terbaharu, video separuh yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama jason.yew di aplikasi TikTok berkenaan dengan minyak masak paket ini cukup membuatkan warga TikTok marah.

Video tersebut yang memaparkan perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata di dewan parlimen bahawa minyak masak paket ini tidak dibenarkan untuk para peniaga atau penjaja menggunakannya. .

Katanya penjaja pisang goreng yang menggunakan minyak dalam paket adalah satu kesalahan memandangkan ianya tidak boleh digunakan secara komersial.

“Pakcik makcik yang jual goreng pisang, mereka tidak boleh menggunakan minyak masak untuk kegunaan jual goreng pisang kerana itu salah. Sebab minyak masak peket ini tidak boleh untuk komersial, jadi salah. ” – Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

Namun rupa-rupanya video tersebut dikongsikan secara tidak penuh sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan penonton.

https://www.tiktok.com/@jason.yew/video/7121574780909669659?_t=8U557vLA1r8&_r=1

@jason.yew Penjaja goreng pisang tak boleh guna minyak masak paket, itu SALAH #ismailsabri #umno #kerajaangagal #hargabarangnaik #hargaminyak #subsidi #foryou ♬ original sound – JASON Update

Ingat orang jual goreng pisang ni boleh 80 ribu ke sebulan nak guna minyak botol..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Rata-ratanya seolah-olah tidak dapat menerima apa yang disampaikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri. Memandangkan peniaga tepi jalan ini bukannya mendapat untuk yang besar setiap kali berniaga.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan, pakcik makcik jual pisang goreng guna minyak paket itu salah, jual bebas di Thailand itu boleh.

 

Makcik jual goreng pisang la yang banyak susah..

Dalam masa yang sama, ada juga yang berasa kasihan kepada makcik dan pakcik yang menjual makanan bergoreng ini. Malah kata mereka, makcik goreng pisang la yang banyak susah, untung bukan banyak.

Ekoran video tersebut yang hanya separuh dari ucapan beliau dan telah menimbulkan fitnah,  Dato Sri Ismail Sabri telah menggeluarkan kenyataan menerusi laman facebook miliknya dan menyatakan ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataannya.

Menurut beliau, sebenarnya minyak paket yang bersubsidi tersebut adalah untuk kegunaan domestik dan bukannya komersial.

Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpaket, adakah pihak kerajaan akan saman mereka? Sudah pasti pihak kerajaan tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak paket.

Untuk video tersebut, korang boleh tengok di sini.

Sumber: TikTok jason.yew

Baca juga: “Sup Kan Panas Kenapa Hidup Lagi..” Temui Ulat Waktu Makan Laksa, Orang Ramai Hairan Kenapa Ianya Masih Hidup

tags: | | |