Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Makin Viral, Peniaga Popia Tok Leha Ini Terkejut Pelanggan Ramai Beratur Walau Kedai Belum Buka

Makin Viral, Peniaga Popia Tok Leha Ini Terkejut Pelanggan Ramai Beratur Walau Kedai Belum Buka

Kategori:
peniaga popia terkejut

Perniagaan makanan adalah salah satu perniagaan yang mudah untuk laris. Jika makanan yang dijual tersebut sedap dan orang ramai tahu, pasti kedai tersebut diserbu. Lebih-lebih lagi pada zaman TikTok sekarang ini.

Nak viral zaman sekarang sangat mudah. Masukkan sahaja video menerusi aplikasi TikTok dan promosikan sahaja produk korang di situ. Walaupun pada awalnya kurang mendapat sambutan ramai, namun apabila dibuat tanpa henti pasti akan ada rezekinya.

Kedai belum buka tapi pelanggan dah ramai beratur, peniaga popia ini terkejut

Seperti mana peniaga popia Tok Leha yang lebih dikenali sebagai Abang Popia ini, apabila perniagaannya semakin laris dan dikenali ramai bermula daripada TikTok. Pada awal pembukaan kedainya di Bandar Baru Bangi, Selangor, pelanggan boleh dibilang dengan jari. Namun kini, penangan viral, kedainya tidak henti-henti dikunjungi pelanggan.

Pada awalnya, dia berniaga popia tersebut adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Walaupun kadangkala ada yang beli, kadangkala tiada langsung namun dia tetap bersabar dan percaya rezeki Allah itu luas.

Kini, abang popia sudah dapat melihat hasilnya bahkan dia sendiri terkejut apabila melihat ramai pelanggan yang beratur panjang walaupun kedai masih belum dibuka. Melihat pelanggan yang beratur ramai itu, dia berasa terharu dan sempat mengucapkan terima kasih.

“Sanggup datang sejam awal beratur tak kan nak ucap terima kasih pun berat kan?” – Abang Popia

Bahkan sebelum ini, ada pelanggan dari luar Selangor yang turut hadir semata-mata untuk merasai sendiri keenakan popia yang dijualnya. Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat kegigihan orang ramai yang beratur panjang semata-mata untuk membeli popia abang ini. Begitu hebat penangannya!

@abgpopia Sanggup datang sejam awal beratur tak kan nak ucap terima kasih pun berat kan? #fyp #fypシ ♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

Dah macam kedai kieda crepe dah bang..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menyatakan, sudah macam kedai Kieda Crepe dan turut mendoakan abang ini agar dimurahkan rezeki.

“Dah macam kedai kieda crepe dah bang, semoga murah rezeki lagi bang” – FATIN

Pemilik akaun TikTok Acap pula menulis, abang ini selalu baik dengan orang dan istiqomah dengan rezeki yang abang dapat. Turut mendoakan abang popia agar sihat dan diberkati. “Abg selalu baik dengan orang dan istiqomah dengan rezeki yang abg dapat. Moga abg sihat selalu dan diberkati bang!”

Malah dalam masa yang sama, ada juga yang turut menyarankan agar abang popia sediakan air percuma buat pelanggan yang beratur panjang. Sirap ais pun okay katanya dan turut menyatakan rasa kasihan.

” Abg, saya sarankan abg sediakan air percuma bang utk mereka. Sirap ais pun okay, kesian mereka” – cajrot

 

Didoakan semoga peniaga popia ini terus dimurahkan rezeki. Betul orang cakap, rezeki tidak pernah salah alamat dan usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Mungkin ada usaha atau kebaikan abang ini sehinggakan perniagaan popianya semakin maju sekarang.

Sumber: TikTok ABGPOPIA

Baca juga: Pernah Diperlekehkan, Kini Syukor Majid Mampu Buka Drive Thru Syukor Burger, Mahu Buktikan Mampu Bersaing Dengan Jenama Besar

tags: | | |