Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kami Rugi Takpa, Janji Customer Tak Lari..” Peniaga Redha Terpaksa Buang Seperiuk Kuah Lontong Sebab..

“Kami Rugi Takpa, Janji Customer Tak Lari..” Peniaga Redha Terpaksa Buang Seperiuk Kuah Lontong Sebab..

Kategori:
seperiuk kuah lontong

Betapa pentingnya sifat jujur dalam perniagaan kerana hasilnya menjadi darah daging kita. Namun ada segelintir dari kalangan kita yang tidak faham akan hal itu. Sehinggakan sanggup menanggung dosa semata-mata untuk mendapat keuntungan yang lumayan.

Masih sanggup menjual makanan yang basi dan rosak kepada pelanggan walaupun sudah mengetahui hal tersebut lebih awal. Mungkin tidak sanggup untuk menanggung kerugian yang besar dan rela memilih untuk menanggung dosa.

“Kami Rugi Takpa, Janji Customer Tak Lari..” Peniaga Redha Terpaksa Buang Satu Tong Kuah Lontong Sebab..

Namun lain pula yang dilakukan oleh pemilik Seha Kitchen ini, apabila seperiuk kuah lontong yang dimasaknya masam dan nak basi. Walaupun kuah lontong tersebut banyak dan pastinya dia bakal menanggung kerugian yang tinggi namun dia redha kuah tersebut dibuang.

Tak kan nak jual juga kepada pelanggan memandangkan dia takut pelanggan lain. Malah menurutnya, lebih baik dia rugi daripada pelanggan lari. “kami rugi takpa, janji customer tak lari”, tulis Seha Kitchen di dalam video berkenaan.

Menurutnya lagi, kuah lontong tersebut basi dan terpaksa dibuang kerana santan yang dibekalkan oleh pembekal sudah tidak berapa elok. Mungkin tidak perasan akan santan tersebut yang tidak elok, dia menggunakan sahaja sehinggalah pada akhirnya ada pelanggan yang menegur.

“Customer tegur kuah lontong kami terasa masam dan nak basi. Bila kami cek, santan yang pembekal hantar tak berapa nak elok dah”, luah Seha Kitchen menerusi video berkenaan.

Malah menerusi video tersebut, dapat dilihat dia membuang seperiuk kuah lontong yang telah basi ke dalam sinki. Allahuakhbar, sungguh sebak terasa saat melihat kuah lontong tersebut dibuang. Berapa banyak kerugiaan yang dialami oleh Sera Kitchen agaknya.

Sempat juga menitipkan pesanan kepada orang ramai agar menegur pihak mereka untuk kebaikan bersama. ” Tegur la kami untuk kebaikan bersama, tq”.

@sehakitchen

“pandangan dan teguran anda keutamaan kami” terima kasih yang support kami dari dulu kini dan selamanya alhamdulilah 🤲🏻 #sehakitchen #fyp #fypsatukali #foodie #foodies #kedaimakanviral #makanlokal

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@sehakitchen “pandangan dan teguran anda keutamaan kami” terima kasih yang support kami dari dulu kini dan selamanya alhamdulilah 🤲🏻 #sehakitchen #fyp #fypsatukali #foodie #foodies #kedaimakanviral #makanlokal ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Tak salah rugi demi kebaikan bersama..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan nasihat yang ditinggalkan oleh warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menasihatkan agar hidu dan rasa terlebih dahulu santan yang ingin digunakan sebelum memasak.

“Sebab tu kalau santan selalu saya hidu dan rasa dulu baru guna”, tulis najattulmanap di ruangan komen. Begitu juga afizzahfiza yang turut berkongsi nasihat yang sama, ” sebelum masak hidu dan bau kalau bau tu masam memang dah tak boleh pakai santan tu”.

Malah dalam masa yang sama, ramai juga yang turut mendoakan Seha Kitchen agar dimurahkan rezeki selepas ini, salah satunya ialah Kerropi Froggy, di mana dia menulis, ” Allahu..semoga rezeki kalian seperti air mgalir deras. x salah rugi demi kebaikan bersama..”.

Betul apa yang dikomen oleh Kerropi, tak salah rugi demi kebaikan bersama. Bukankah lebih baik begitu daripada mengundang rasa tidak puas hati pelanggan? Didoakan semoga Seha Kitchen digantikan dengan rezeki yang lebih baik lagi selepas ini.

Sumber: TikTok sehakitchen

Baca juga: “Pecah Dada Buat Kerja Tapi Takdak Hasil..” Dianiaya Vendor, Tak Diberikan Duit Jualan Peniaga Crepe Kesal

tags: | | | | |