Dalam perniagaan, ada ketika kita berada di atas dan kita juga akan berada di bawah. Apa yang penting, hidup harus diteruskan demi mencari rezeki dalam kelangsungan hidup.
Seperti seorang peniaga Ayam Gepuk Ganteng di Ipoh Perak, kisahnya mendapat perhatian ramai apabila tular di laman Twitter. Diiringi usaha, doa dan tawakkal, peniaga restoran itu tetap tidak putus semangat dan asa untuk meneruskan perniagaannya walaupun pelanggan semakin berkurang.
Oleh itu, peniaga yang bernama Azril Alias memutuskan untuk mendapatkan sokongan ramai dengan membuat hantaran untuk orang lebih mengetahui tentang keadaan kedainya.
“Salam warga Twitter/X. Kebelakangan ini kedai saya kosong dan kurang orang. Saya nak minta jasa baik netizen untuk retweet dan share. Nak bayar gaji staff pun susah. Harap dapat bernafas semula. Terima kasih semua,” tulisnya pada 6 Ogos lepas.
Salam warga twitter/X. Kebelakangan ni kedai saya kosong and kurang orang. Saya nak minta jasa baik netizen untuk Retweet and share. Nak bayar gaji staff pun susah, harap dapat bernafas semula. Terima kasih semua. pic.twitter.com/3ze5MiMtZK
— Yop Ganteng (@AzrilAlias) August 6, 2023
Mengikuti perkembangan peniaga Ayam Gepuk Ganteng tersebut, hasil daripada bantuan orang ramai berkongsi tentang restorannya, ia menunjukkan hasil yang positif.
Terbaharu, dia membuat satu hantaran untuk perkembangan kedainya yang terkini. Disebabkan keprihatinan rakyat Malaysia, kedainya mula dipenuhi pelanggan sehingga ‘full house’.
“Thank you rakyat Twitter! Sekali lagi kalian bantu kami orang Malaysia untuk teruskan kehidupan kami. Terima kasih sangat! Yang reply banyak banyak tu saya akan reply satu per satu. Banyak sangat. Alhamdulillah syukur full house. Mashallah,” tulisnya lagi.
Thank you rakyat twitter!!! Sekali lagi kalian bantu kami org Malaysia untuk teruskan kehidupan kami. Terima kasih sangat!! Yang reply byk byk tu saya akan reply satu per satu. Banyak sangat. alhamdulillah syukur full house!! mashaallah 🥹🥹🥹🥹🥹🤲🏻🤲🏻 pic.twitter.com/xHQilpdsz9
— Yop Ganteng (@AzrilAlias) August 7, 2023
Dalam pada masa yang sama, dia juga mendapat banyak nasihat dari netizen untuk meningkatkan produktiviti kedainya. Ada yang suruh membuat pemasaran menggunakan video TikTok dan berkongsi tentang menu yang dijualnya.
Berdasarkan kisah peniaga Ayam Gepuk Ganteng ini, benarlah rakyat Malaysia sangat pemurah dan baik hati. Tolong menolong tanpa mengenali antara satu sama lain. Ia bukanlah satu hal kecil, ia memberi impak yang besar kepada orang memerlukan.
Sumber: Azril Alias