Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Janji 100 Ribu Pengunjung..”, Peniaga Sedih Terpaksa Buang Barang Jualan, Bayar Sewa Event Mahal, Tapi..

“Janji 100 Ribu Pengunjung..”, Peniaga Sedih Terpaksa Buang Barang Jualan, Bayar Sewa Event Mahal, Tapi..

Kategori:
buang barang jualan

Biasanya, jika sesuatu event ataupun program diadakan, pihak penganjur haruslah mengutamakan marketing kerana itu adalah antara benda yang penting untuk orang ramai tahu mengenai event berkenaan.

Bilangan pengujung adalah fokus utama jika kita menyertai mana-mana festival. Ini kerana, sambutan yang menggalakkan menunjukkan program berkenaan mampu berjalan lancar. Pulangan kepada peserta juga akan baik jika pengunjung ramai.

“Janji 100 Ribu Pengunjung..”, Peniaga Sedih Terpaksa Buang Barang Jualan, Bayar Sewa Event Mahal, Tapi..

buang barang jualan

Tetapi, hal yang sebaliknya berlaku kepada peniaga di sebuah event. Hal itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang peserta di event berkenaan.

Dia berkata, sewa bayaran tapak event tidak berbaloi kerana penganjur sebenarnya menjanjikan market pengunjung yang datang seramai 100 ribu pengunjung. Tetapi pada hari kejadian, tidak sampai 20 ribu pengunjung yang datang.

“Nasib peniaga air balang macam kami. Masuk satu event janji 100 ribu orang datang. Tapi yang datang tak sampai 20 ribu orang pun. Sewa pun mahal orang yang datang pun tak ramai.

“Sedih tengok pekerja buang air tadi. Sampai sekarang pihak penganjur senyap tanpa kata-kata apa. Harap ada sinar sedikit untuk peniaga macam kami,” kata peniaga berkenaan.

@mohdfitriomar NASIB PENIGA AIR BALANG MCM KAMI #airbalang #sedihbanget😭😭😭 ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Pihak Penganjur Berdiam Diri, Tiada Tindakan Sepatutnya

buang barang jualan

Terdahulu, ada juga kejadian yang sama berlaku di sebuah pasar yang dikenali sebagai Pasar Muhibbah. Orang ramai juga menyatakan bahawa kekurangan marketing dari penganjur adalah salah satu faktor pasar tidak menerima banyak sambutan.

Menurutnya, orang ramai, faktor seperti marketing tidak dilakukan dengan baik oleh pihak tertentu menjadi punca utama hal ini berlaku. Padahal, di sana banyak barangan basah dan mentah yang murah dan berbaloi untuk pelanggan membelinya.

Marketing Penting Untuk Mana-Mana Event, Hebahkan Info Kepada Orang Ramai

buang barang jualan

Kesimpulan dari kisah buang barang jualan ini, jika ada pihak penganjur yang ingin mengadakan sesebuah event ataupun tempat sewaan untuk peniaga, haruslah menitikberatkan isu yang penting seperti marketing untuk menghebahkan orang ramai tentang lokasi atau anjuran berkenaan.

Jangan hanya lepas tangan kepada peniaga kerana peniaga turut membayar sewa tempat itu.

Sumber: mohdfitriomar

Baca juga: “Rasa Nak Menangis..”, Restoran Drive Thru Syukor Burger Kini Beroperasi, Terima Sambutan Menggalakkan

tags: | |