Pada bulan Ramadan kali ini kita dapati begitu banyak kisah mengenai isu makanan tercemar yang dibeli oleh pelanggan. Jika sebelum ini isu makanan berulat banyak berlaku di bazaar Ramadan, kes terbaru ini pula berlaku di kedai.
Seorang wanita di TikTok tampil berkongsi video yang menunjukkan lauk ikan yang dibeli penuh dengan ulat kecil sedang yang bergerak-gerak.
Berdasarkan caption dari hantaran tersebut, wanita itu sudah membuat aduan kepada pemilik kedai, namun peniaga tak endahkan aduan darinya. Dengan selamba, pemilik kedai hanya ambil makanan yang dipenuhi ulat itu dan letakkannnya di belakang.
Akibat kejadian itu, wanita itu terpaksa berbuka puasa dengan meminum air sahaja. Pemilik video turut berasa kesal dan berharap peniaga akan bersikap lebih jujur semasa meniaga.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen dilihat jelas tak senang duduk dengan penemuan ulat pada makanan wanita ini sehingga membuatkan mereka trauma untuk membeli makanan di bazaar.
Disebabkan kes penemuan ulat oleh wanita ini bukan pertama kali berlaku, sesetengah netizen juga dilihat memilih jalan selamat dengan memasak di rumah.
Bagi memastikan makanan berbuka dijamin bersih dan selamat, sesetengah netizen juga lebih sanggup untuk tidak beli langsung di bazaar sepanjang bulan ini.
Sesetengah warganet yang masih singgah ke bazaar pula dilihat sering mengelak untuk beli lauk pauk yang siap dimasak, sebaliknya mereka memilih untuk beli makanan yang dimasak di depan mata atau sekadar beli air atau kuih sahaja apabila berkunjung ke sana.
Segelintir netizen turut mencadangkan wanita itu supaya membuat laporan kepada jabatan kesihatan memandangkan peniaga dilihat jelas tidak menjaga kebersihan makanan. Ada juga yang menyokong tindakan wanita ini untuk viralkan saja kedai tersebut supaya orang lain tidak terkena nasib yang sama.
Untuk menjaga reputasi kedai dan kepuasan pelanggan, peniaga sepatutnya meletakkan kebersihan dan kualiti makanan sebagai keutamaan.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua peniaga untuk lebih peka dalam bab kebersihan makanan yang disediakan kepada pelanggan.
Kredit : TikTok angah_jeniang