Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nak Macam Sayap Katu Tu Lebih…”, Perniaga Terhibur Baca Pesanan Pelanggan Yang Order Takoyaki Macam Ni

“Nak Macam Sayap Katu Tu Lebih…”, Perniaga Terhibur Baca Pesanan Pelanggan Yang Order Takoyaki Macam Ni

Kategori:
peniaga terhibur baca pesanan pelanggan

Pastinya peniaga sudah kalis dengan perangai pelanggan yang pelbagai ragam dan gelagat. Ada pelanggan yang membuat peniaga tertekan dan ada juga yang menghiburkan. Sama seperti yang dilalui oleh peniaga yang tular di sosial media baru-baru ini.

Peniaga terhibur baca pesanan pelanggan

Dalam perkongsian di akaun Twitter, gelagat seorang pelanggan yang membuat pesanan denga n menggunakan aplikasi penghantaran makanan memang mengelikan hati sesiapa yang membacanya. Makanan yang dipesan oleh individu terbabit adalah Takoyaki. Takoyaki ini adalah sejenis makanan yang berasal dari Jepun.

Menu ini biasanya dihidangkan lengkap dengan Bonito flakes, mayonis dan sos khas agar hidangan tersebut lebih sedap. Namun begitu, menerusi perkongsian tersebut, kelihatan pelanggan meninggalkan pesanan yang berbunyi “Nak yang macam sayap katu tu lebih“. Apa yang dimaksudkan oleh pelanggan tersebut adalah bonito flakes yang ditaburkan di atas Takoyaki tersebut.

Untuk pengetahuan anda semua, katu adalah sejenis serangga yang boleh ditemui di dalam rumah pada waktu malam. Perkongsian pesanan pelanggan ini telah membuatkan warganet terhibur dan mereka sempat meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Makan la sayap katu tu…

Akak taknak kulit bawang tu…

Baca juga: “Sumpah Takde Angin..”, Beli Takoyaki Tapi Tiba-Tiba Bonito Flakes Bergerak Sendiri Buat Gadis Ini Ketakutan

tags: |