Siapa yang ada pengalaman berniaga atau berurusan dengan pelanggan pastinya faham dan tahu kerenah pelanggan. Macam-macam yang akan kita jumpa. Kadang-kadang ada yang terlalu baik dan kadang-kadang ada yang membuatkan darah kita naik. Itulah lumrah perniagaan. Walaupun begitu, masih ada pelanggan yang bersikap jujur dan baik sangat hatinya seperti apa video yang tular di aplikasi TikTok ini.
Seorang peniaga di Indonesia terkejut apabila seorang pelanggannya telah datang kembali ke kedainya sambil membawa sesuatu. Rupa-rupanya pelanggan tersebut memulangkan kembali bekas makanan pakai buang dalam keadaan bersih. Mungkin pelanggan tersebut menyangka bahawa bekas tersebut hanya dipinjam sebelum ini.
Disebabkan kejadian itu, peniaga ini terpinga-pinga memandangkan bekas tersebut sememangnya digunakan untuk membungkus makanan. Jadi tidak perlu dipulangkan kembali selepas membelinya. Jika dikira, itu sudah menjadi milik pelanggan. Kalau tak nak simpan bekas tersebut boleh buang.
@pudssssssMaap pak saya ngakak sedih ##DewaBelajarQanda ##fyp ##monday
https://www.tiktok.com/@pudssssss/video/6934544916609518849?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6934544916609518849&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434
Rata-rata warganet memuji sikap pak cik ini. Memang luar biasa sangat sikap nya. Selain itu, ada juga diantara mereka yang terharu dengan tindakan pelanggan ini kerana ia dilihat sangat jujur dan amanah sehingga sanggup pulangkan bekas tersebut kembali.