Jika dahulu, hujan dianggap hal yang nyaman kerana kesejukan dan kenikmatan dalam suasana hujan begitu mendinginkan. Tetapi akhir-akhir ini, hujan merupakan satu kerisauan dan kecemasan. Ini kerana di kebanyakan tempat, jika hujan turun tanpa henti, pasti air banjir akan naik dengan mendadak.
Bukan menyalahakan hujan dan nikmat Tuhan, tetapi kerana sistem yang tidak mempunyai infrastruktur terancang seperti sistem saluran lemah, tipikalnya banjir kilat akan berlaku. Selain itu, krisis iklim yang dicemari oleh tangan-tangan manusia tidak bertanggungjawab turut menyumbang kepada faktor penyebab, selain peralihan monsun.
Seperti video yang tular semalam di TikTok, ia menunjukkan bagaimana peniaga terpaksa menghadapi banjir kilat di kawasan sekitar Kangar, Perlis. Video yang dimuatnaik oleh Azri mendapat perhatian apabila ramai bersimpati dengan nasib peniaga yang terpaksa menghadapi banjir di Utan Aji, Kangar.
Menerusi video tersebut, netizen ramai memberi komen masing-masing terhadap apa yang berlaku. Seperti komen seloroh seorang netizen bernama Mokkhtar Mashor, dia menyatakan bahawa “elok juga takyah cuci minyak tumpah”.
“Ya, esok cuci selut,” balas pemilik video menjawab seloroh itu.
Dalam perkembangan sama, seperti dilaporkan media semalam, beberapa kawasan di Kangar dilanda banjir kilat selepas hujan tanpa henti sejak awal pagi ini. Tinjauan di Titi Chai, Utan Aji Kangar mendapati Dataran Titi Chai yang yang sering menempatkan geraii jualan makanan, sayur-sayuran dan iikan dinaiki air sehingga paras buku lali.
Menurut seorang penjual ikan, Rahman Aliman, 35 berkata, hujan lebat sebelum Subuh menyebabkan kawasan berkenaan digenangi air sehingga paras buku lali.
“Hujan lebat kemudian tak berhenti menyebabkan kawasan ini dinaiki bermula jam 7 pagi tadi. Namun, saya tetap meneruskan juga jualan saya di sini memandakngkan air pun tak dalam sangat,” katanya berkenaan isu peniaga terpaksa meniaga dalam banjir.
@azriautodetailing♬ Awak Tengah Down – Timun Naik Harga!
Berbalik kepada video tadi dan melihat kepada ruangan komen netizen, ramai yang mendoakan antara satu sama lain supaya semua urusan pada waktu banjir ini dipermudahkan. Selain pertolongan dan keajaiban, setidaknya doa membantu untuk saling menguatkan.
“Allahuakbar, kesiannya mencari rezeki di dalam air banjir. Semoga dimurahkan rezeki,” kata netizen bernama Zalinah Bakar mendoakan peniaga terpaksa meniaga dalam banjir.
Semoga dalam kekalutan ini, ada pihak yang bertanggungjawab sedar akan krisis dan masalah. Bukan menumpang musibah dan mengambill kesempatan. Peniaga-peniaga di luar sana menyatakan, ada perut sendiri dan keluarga yang perlu diisi. Semoga kita bertemu solusi bukan kata-kata basi.
Sumber: Azri Auto Dealing