Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Bayi Menangis Tak Semestinya Sebab ‘Lapar’ Susu, Risiko Tersedak Tinggi. Baca Penjelasan Ini

Bayi Menangis Tak Semestinya Sebab ‘Lapar’ Susu, Risiko Tersedak Tinggi. Baca Penjelasan Ini

Kategori:
Bayi Menangis

Sudah banyak kali kita terdengar kisah bayi m4ut akibat tersedak susu kan? Kejadian yang tidak diingini itu berlaku mungkin disebabkan oleh overfeeding, risiko untuk bayi tersedak juga semakin tinggi. Tak pasal-pasal boleh menyebabkan bayi termuntah dan susu itu mengalir masuk ke paru-paru.

Overfeeding ini sering berlaku kerana setiap kali bayi menangis, kita fikir mungkin bayi sedang lapar. Sedangkan tidak semestinya menangis disebabkan lapar, mungkin bayi meminta untuk tukar lampin basah atau dia mengantuk.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Ahmad Luqman Bukhari berkongsikan cara untuk mengelakkan bayi tersedak susu supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Ikuti perkongsian lengkap oleh beliau di bawah.

Bayi Menangis Tak Semestinya Sebab ‘Lapar’ Susu, Risiko Tersedak Tinggi. Baca Penjelasan Ini

Saya pun pernah buat kerja bodoh ni dulu. Sampai sekarang hati masih rasa menyesal tak sudah. Dulu, asal dengar suara baby menangis, cepat cepat saya suruh isteri saya berikan dia susu.

Asal merengek je, minda terus cakap “Alaahh..baby laparlah tu.”

Tapi bila saya mula belajar ilmu parenting ni, barulah saya sedar rupanya banyak je sebab lain yang buatkan si comel tu kerap menangis.

Boleh jadi sebab dia nak mintak kita tukarkan lampin yang dah basah, tak pun dia dah letih dan mengantuk sangat. Kadang tu sebab bosan bersendirian pun ye jugak.

Bukan semata-mata kerana nak susu je. Bahaya sungguh kalau dalam minda kita ni asyik duk fikir nak sumbat susu je kat baby tu kalau dia nangis.

Bila dah overfeeding, risiko untuk bayi tersedak jadi makin tinggi

Bila dah overfeeding, risiko untuk bayi tersedak jadi makin tinggi. Tak pasal-pasal bayi boleh termuntah dan susu tu mengalir masuk ke paru-paru.

Mula-mulalah nampak baby sukar nak bernafas dan tercungap-cungap tak dapat udara kerana saluran pernafasan dah tersekat.

Sekiranya dalam tempoh 4 minit kejadian tu kita tak sedar atau tak tahu macam mana nak lakukan rawatan kecemasan, akhirnya otak si kecil tu akan keputusan bekalan oksigen lalu berakhir dengan brain death.

Sebab tu ada kes yang kita dengar, bayi ditemui dah dalam keadaan biru dan keras kaku.

Jangan sekali-kali tinggalkan bayi menyusu bersendirian

Tolong pesan selalu pada pasangan dan pengasuh yang jaga anak kita tu. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi menyusu bersendirian. Masa dah siap menyusu tu pulak, pastikan sendawakan dulu baby tu sebelum nak sibuk buat benda lain.

Saya memang tak mampu nak bayangkan kesedihan sekiranya benda tak elok ni berlaku pada keluarga kita sendiri.

Tu la kenapa semua mak ayah kena belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan anak kecil ni. Benda benda yang kita rasa remeh selama ni mungkin boleh akibatkan kematian anak yang kita amat kasihi.

Nota kaki: Tragedi bayi tercekik dan tersedak susu ni kerap sangat berlaku sebenarnya.

 

Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari

tags: