Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hanya Berbalah, Bukan Mencarut..” Peniaga Restoran Kurang Ajar Buat Hal Lagi, Ini Penjelasan Isu ‘Makcik Puaka’..

“Hanya Berbalah, Bukan Mencarut..” Peniaga Restoran Kurang Ajar Buat Hal Lagi, Ini Penjelasan Isu ‘Makcik Puaka’..

Kategori:
makcik puaka

Peniaga restoran yang pernah digelar ‘makcik puaka’ oleh netizen tular sekali lagi apabila seorang pelanggan memuatnaik video dimaki peniaga terbabit baru-baru ini. Untuk rekod, kira-kira dua tahun lepas, restoran yang sama juga pernah tular gara-gara sekumpulan pelanggan mendakwa dimaki peniaga di premis yang sama.

Beberapa kisah yang sama menimpa pelanggan di restoran terbabit yang dikatakan mendapat layanan buruk ketika berkunjung di salah sebuh restoran popular Melaka berkenaan.

“Hanya Berbalah, Bukan Mencarut..” Peniaga Restoran Kurang Ajar Buat Hal Lagi, Ini Penjelasan Isu ‘Makcik Puaka’..

makcik puaka

Terbaharu, tular satu video yang diulang siar oleh akaun Isu Semasa Viral di Twitter berkenaan seorang pelanggan yang dikenali sebagai Sisyana berhadapan dengan semburan dan leteran peniaga tersebut.

Menurutnya, dia membawa keluarga dari Singapura untuk menikmati hidangan di restoran berkenaan pada pukul 2 petang baru-baru ini. Sambil itu, dia bertanyakan mengenai makanan yang masih disediakan.

“Aku tanya lauk ni je yang tinggal kak? Akak tu jawab ‘ha ya’, sebab ada ikan pari aku terus order semua suruh hidang maknanya ada lauk lagi kan. Kalau habis cakap la habis. Makcik puaka menyampuk kata, ‘kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis,” tulisnya.

makcik puaka

Memikirkan datang bersama orang tuanya, sebagai tanda hormat, dia tidak melayan serta tidak menghiraukan leteran peniaga terbabit dan terus memesan makanan. Tidak berakhir di situ, peniaga berkenaan dikatakan terus berleter tanpa henti sepanjang mereka sekeluarga menikmati makanan di bahagian hadapan restoran.

“Tengah santai menghayati lauk-pauk kat depan mata aku tu, masalahnya radio aku tak dengar. Yang aku dengar makcik tu bebel dengan gigi sebatangya. Dia bebel ‘mengatus tak habis-habis’ macam punca hal ni tadi dari keluarga aku,” jelasnya,

Tambahnya lagi, tiada satu permohonan maaf pun dibuat atas keterlanjuran kata-kata tersebut sehinggalah mereka beredar. Dia berkata, “kalau betul tak bagi kami makan di sini dengan secara warasanya sebagai manusia cakap dengan baik… ‘maaf dik dah tutup atau kami tak terima pelanggan lain, maaf,” jelasnya menerusi hantaran terbabit.

makcik puaka

Dalam perkembangan sama, menerusi Mstar, susulan kekecohan yang berlaku, anak kepada pengusaha berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar. Katanya, berhubung ibunya yang digelar ‘makcik puaka’ kerana kelantangannya, isu tersebut bukanlah perkara baru.

“Malah, sebelum restoran saya viral sebab isu influencer dua tahun lepas, memang itu perangai mak saya. Kami bukan baru berniaga, dah berpuluh-puluh tahun.

“Kalau pelanggan yang regular, mereka tahu macam mana perangai mak saya. Daripada mak ayah pelanggan sehingga ke anak kami memang kenal.

“Dia kata pernah datang restoran kami sebelum ini, dia sepatutnya lebih tahu perangai ibu saya. Pada hari kejadian, ada ramai pelanggan lain di dalam restoran, kenapa mereka okay dan tak timbulkan isu?

“Memang Itu Perangai Mak Saya..”

makcik puaka

“Lagipun mak saya bukan maki seperti yang diperkatakan, Dalam video tu pun sekadar perbalahan. Memang mak saya membebel, tapi mak saya tak mencarut,” kata anak peniaga tersebut.

Dia berkata, berhentikanlah viral isu ini kerana dia tidak mahu memanjangkan cerita. Ia memberi kesan padda imej dan nama baik restoran.

“Cukupllah viral dua tahun lepas. Kami sebenarnya tak mahu mencari masalah dengan orang, cuma manusia ni ada macam-macam perangai, tak boleh puaskan hati semua,” jelasnya kepada Mstar.

Membuat kesimpulan, walaubagaimanapun keadaan dan situasi, kata-kata yang ditutur mewakili hati kita. Seperti kata pepatah, ‘budi bahasa budaya kita’, jadi, tunjukkan dan berikanlah kata-kata yang baik kepada orang lebih-lebih lagi dalam keadaan kita mencari rezeki.

Semoga semuanya baik-baik sahaja di hari mendatang.

Sumber: Sisyana & Isu Semasa Viral

Baca juga: Marah Tak Dapat Nombor Telefon, Pekerja Perempuan Restoran Ditendang Pelanggan Lelaki Hingga..

tags: | |