Apabila tiba untuk persediaan majlis atau jamuan, pasti kita terfikir-fikir mahu sediakan makanan ringan atau manisan yang simple tapi sedap kan.
Untuk korang yang tercari-cari makanan apa yang nak dihidangkan sebagai pemanis mulut misalnya, bolehlah sediakan Aiskrim Malaysia yang sedap ni tau.
Penjual Aiskrim Malaysia, Nurul Zainuddin berkongsi bagaimana dia membuat Aiskrim Malaysia yang hot selling jualannya.
Jom ikuti resipi Aiskrim Malaysia perisa filling cream cheese ni. Berbagai warna, berbagai perisa.
Penjual Aiskrim Malaysia Kongsi Resipi Hot Selling Perisa Filling Cream Cheese, Lain Warna Lain Perisa Korang Mesti Cuba!
Bahan-Bahan:
- 2 tin susu cair
- 2 tin susu pekat
- 10 tin air masak
- sedikit garam dan gula
- emulco – apa jenis perisa yang korang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese
- 500 gram cream cheese – recommend brand Tatura
- 2 sudu susu pekat
- piping bag
- plastik aiskrim
Cara Penyediaan:
- Masak 10 tin air bersama 2 tinn susu pekat dan 2 tin susu cair. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis. Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa.
- Bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ini banyak ya, boleh pelbagai perisa yang korang suka.
- Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.
- Satukan 500 gram cream cheese bersama 2 sudu susu pekat dan putar aatau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
- Jangan lupa ratakan ccream cheese cantik-ccantik dalma plastik tu.
- Bila susu dah sejuk, boleh lah mula memintal.
- Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang mengikut saiz plastik aiskrim.
- Siap!
Haaa siap dah kan Aiskrim Malaysia yang hot selling ni. Bolehlah buat masa jamuan nanti ataupun boleh juga buat jualan. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat menikmati semuanya.
Sumber: Nurul Zainudin
Baca juga: Resepi Roti Bakar Perisa Mentega & Susu Ala Waffle, Rasa Sedap Cair Dalam Mulut