Sejak beberapa tahun terakhir ini, sering kedengaran dan telah pun menjadi bualan orang ramai kerana harga durian yang dijual oleh sesetengah penjual ini langsung tidak masuk akal. Sehinggakan ramai yang tidak mampu untuk merasa raja buah ini.
Namun lain pula yang berlaku di Kelantan, apabila seorang penjual di Kampung Semat Jal, Kelantan menjual hanya RM10 untuk 6 kilo Durian.
Penjual yang dikenali dengan nama Shahmi Azani ini sebenarnya ingin memberikan peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menikmati durian ini. Menurutnya, harga jualan semurah itu mula dijual pada Jumaat yang lepas.
Jualan durian pada harga yang murah itu ekoran daripada rungutan orang ramai yang mendakwa durian dijual pada harga yang sangat mahal. Memandangkan sekarang ini ramai yang kehilangan punca pendapatan dan tidak mampu untuk membelinya namun teringin.
Selain menjual, Shahmi Azani ini juga merupakan seorang pemborong duirian di kawasan kampung itu dan mampu menjual sebanyak 12 tan setiap hari.
Sumber : Kosmo