Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penumpang Malaysia & Singapura Harap Setiap Gerabak Tren ‘Wajibkan’ Letak Pewangi Softlan

Penumpang Malaysia & Singapura Harap Setiap Gerabak Tren ‘Wajibkan’ Letak Pewangi Softlan

Kategori: ,,
pewangi Softlan

Antara isu yang selalu menjadi bualan ramai terkait dengan LRT adalah apabila LRT yang digunakan berbau kurang menyenangkan kerana bau dari penumpang yang ramai.

Terbaharu, penumpang tren LRT berasa lega hati apabila ada beberapa gerabak yang disediakan dengan pewangi Softlan.

Sekaligus ia membuatkan penumpang berasa segar dengan bau yang wangi itu.

Penumpang Malaysia & Singapura Harap Setiap Gerabak Tren ‘Wajibkan’ Letak Pewangi Softlan

Situasi itu dikongsikan oleh TikTok @hafeeziraziqin yang merasai sendiri pengalaman tersebut. Dia berpendapat setiap gerabak tren diletakkan pewangi Softlan tersebut.

Pendapat lelaki itu bukan saja dipersetujui oleh penumpang Malaysia. Bahkan penumpang tren di Singapura turut mengharapkan pewangi Softlan turut diletakkan di tren negara mereka.

Ini kereta mereka turut menghadapi masalah bau kurang menyenangkan di dalam tren semasa waktu puncak.

Dalam masa sama warganet memuji cara marketing Softlan yang memenangi hati penumpang tren menerusi produk wangian mereka.

Sumber: Hafeeziraziqin 

Baca juga: Ramai Berdebar Tunggu Pengumuman Jofliam Untuk Pizza Percuma Sempena Perkahwinannya Malam Ini, ‘Battle’ Bermula Jam 8 Malam

tags: |