Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Perangai Kupas Bawang Pilih Yang Berkualiti Je Dekat Pasar Raya..”, Tindakan Tersebut Cetus Perdebatan Netizen

“Perangai Kupas Bawang Pilih Yang Berkualiti Je Dekat Pasar Raya..”, Tindakan Tersebut Cetus Perdebatan Netizen

Kategori:
perangai kupas bawang

Jika berkunjung ke pasar raya atau kedai runcit untuk membeli barang dapur seperti bahan mentah bawang, pasti kita akan melihat ada bawang yang masih baik dan sebaliknya. Sebab itulah kita punya pilihan sebelum membeli.

Tetapi, pernahkah anda melihat sendiri orang membeli bawang di pasar raya misalnya, dengan mengupas dan mengopek bawang di tempat pembelian dan mengambil yang elok sahaja? Hal ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila sebuah video diimuatnaik di laman TikTok.

“Perangai Kupas Bawang Pilih Yang Berkualiti Je Dekat Pasar Raya..”, Tindakan Tersebut Cetus Perdebatan Netizen

perangai kupas bawang

Video yang dimuatnaik oleh mamyieman itu menunjukkan ada pelanggan yang mengopek labu bawang putih dan membahagikan ia kepada yang baik sahaja untuk dibeli. Baginya, hal itu telah menyusahkan banyak pihak.

“Ada juga yang jenis macam ni. Buat malu je sekiranya beli beli di pasar raya. Kalau kedai sendiri okay gak sebab hak sendirikann. Halal ke cara macam ni,”soalnya.

Terdahulu, terdapat sebuah video berkenaan seorang pengguna TikTok lain menunjukkan cara memilih bawang oleh ibu mertuanya. “Bila mak mertua aki pilih bawang, patut la anak ikut mak rupanya,” tulisnya pada video asal.

perangai kupas bawang

@mamyieman85 #hibur #fyp #fyp #fyp #tiktokfyp #mohonviral #pentingdiri #penguna #pasaraya #membelibelah #hatikeras ♬ bunyi asal – Ash85

Meninjau ruangan komen, ramai yang berpendapat sama bahawa tindakan dan sikap sebegini hanya menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri selain menyusahkan ramai pihak.

“Orang macam ni jenis pentingkan diri sendiri,” kata Elta Suraya tentang perangai kopek bawang di Pasar Raya itu.

Selain itu, ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman sendiri ketika berhadapan dengan situasi seperti yang dibincangkan.

“Ada jumpa macam ni haritu. Lamanya tunggu dia. Dia bolot ruang bawang putih tu dia sorang. Geram pula saya. Macam dia sorang je nak beli bawang putih,” luah netizen bernama Aminah berkenaan isu perangai kupas bawang pilih yang berkualiti je.

Lawaty juga berkata, “betul ni, betapa lama orang-orang dekat situ, orang lain nak beli susah,” katanya.

Sikap Pentingkan Diri Sendiri, Susahkan Orang Lain

perangai kupas bawang

Rasanya, perangai kupas bawang yang dibeli di luar ni, ia jika melibatkan satu labu bawang, kita haruslah mengambil satu labu bawang itu juga jika mahu membelinya. Misalnya, jika satu labu bawang yang dikupas itu sudah rosak dikupas oleh pelanggan lain, pasti kita tak akan memilihnya, kan?

Kalau pendapat korang macam mana?

Sumber: Mamyieman

Baca juga: “Sampah Bekas Makanan Dan Minuman Bersepah Ditinggalkan, Ini Ke Mentaliti Masyarakat Kita?”

tags: | |