Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kami Panggil “Air Sejuk, Bukan Ais Kosong” – Sabahan Kongsi Perbezaan Pesanan Minuman Berbanding Di Kuala Lumpur

Kami Panggil “Air Sejuk, Bukan Ais Kosong” – Sabahan Kongsi Perbezaan Pesanan Minuman Berbanding Di Kuala Lumpur

Kategori: ,
Air sejuk

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan bangsa. Dengan populasi yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuk Melayu, Cina, India, dan banyak lagi, kepelbagaian budaya dan tradisi adalah ciri utama masyarakat Malaysia.

Setiap negeri menyaksikan keunikan dan keindahan tersendiri dalam warisan serta kebudayaannya, sementara setiap sudut menghidangkan makanan serta rasa yang berbeza-beza.

Dialek adalah satu aspek penting dalam menunjukkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Setiap daerah dan etnik di Malaysia mempunyai dialek yang unik, mencerminkan sejarah, tradisi, dan kehidupan harian masyarakat tempatan.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, beberapa rakan yang tinggal di Sabah telah berkongsi tentang fakta apabila membuat pesanan minuman tentang perbezaan budaya di Sabah dan Semenanjung Malaysia sehingga mendapat perhatian ramai.

Air sejuk

Sabahan Kongsi Perbezaan Minuman Yang Dipesan Berbanding Kuala Lumpur

Menerusi video di laman Tiktok milik maxinedesiree, dia telah berkongsi di mana minuman yang dipesan tidak sama seperti Bahasa Melayu yang biasa.

Malah di Sabah “ais kosong” dipanggil sebagai “air sejuk” dan “limau ais” pula dipanggil sebegai “lemon ping”.

Air sejuk

Ini adalah contoh penggunaan dialek tempatan di Sabah yang unik dan menarik.

Menurut komen netizen, ada yang berkongsi beberapa jenis panggilan minuman yang lain untuk pengetahuan umum.

“Di Sabah kami tak panggil milo “ais”.. kami panggil milo “ping””

Air sejuk

“Di Sabah kami tak panggil teh o ais, kami panggil Kiit chai ping…”

Air sejuk

“Patut la masa pergi Sabah haritu minta ais kosong di kasinya ais sahaja rupanya air sejuk” – Netizen

Dengan adanya pelbagai dialek ini, Malaysia menjadi tempat yang unik di mana pelbagai etnik dan budaya bersatu dalam kepelbagaian. Dialek-dialek ini tidak hanya menggambarkan kepelbagaian bahasa, tetapi juga menunjukkan betapa kaya dan berwarnanya budaya Malaysia.

Sumber: maxinedesiree

Baca juga: “Di Malaysia Bersepah Kangkung..”, Dianggap Tumbuhan Berbahaya Oleh Amerika Syarikat, Kangkung Diharamkan Tanam Di Sana. Ini Sebabnya..

tags: | | |