Minyak Zaitun merupakan minyak yang terhasil daripada perahan buah Zaitun. Buah ini terdapat banyak di kawasan Mediterranean seperti negara Sepanyol, Tunisia, Morocco, Itali dan juga Turki. Pastinya ramai yang sudah mengetahui bahawa minyak ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.
Oleh kerana ianya mempunyai khasiat yang tinggi, ia sering digunakan dalam perubatan, sabun, kosmetik dan juga masakan. Namun begitu, bukan semua minyak dari buah zaitun ini boleh digunakan dalam masakan. Terdapat pelbagai jenis minyak sebenarnya.
Setiap jenisnya itu mempunyai kesesuaian atau perbezaan masing-masing. Tidak boleh main guna begitu sahaja sebenarnya. Memang ramai sangat yang tak perasan perkara sebegini malah ramai juga yang membuat kesilapan dalam penggunaan minyak ini.
Extra Virgin Olive Oil ini merupakan hasil pertama dari buah zaitun. Ia memiliki kualiti yang paling bagus jika dibandingkan dengan jenis Minyak Zaitun yang lain. Minyak Zaitun jenis ini tidak sesuai digunakan untuk masakan kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya.
Manakala Minyak Zaitun jenis ini pula diperolehi daripada proses memerah buah zaitun. Sebab itulah harganya lebih murah dari Extra Virgin. Jenis ini sesuai digunakan untuk menumis.
Jenis Light/Extra Light ini pula sesuai digunakan untuk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupun ianya melalui proses penyulingan lebih dari sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan dengan minyak goreng biasa.
Jadi sekarang anda sudah tahu kan perbezaan dan kegunaan setiap Minyak Zaitun yang ada di pasaran? Lepas ini jangan salah memilih lagi ya. Perhatikan baik-baik setiap label Minyak Zaitun dan apa kegunaanya. Jangan lupa kongsikan juga ilmu ini kepada kenalan atau kaum keluarga anda.
Kredit: Kurus Tanpa Lapar