Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Demi Sebuah ‘Content’, Perempuan Dikecam Netizen Kerana Salah Fakta Makan Ulat Sagu

Demi Sebuah ‘Content’, Perempuan Dikecam Netizen Kerana Salah Fakta Makan Ulat Sagu

Kategori:
salah fakta makan ulat sagu

Ulat sagu adalah makanan tradisi dan eksotik bagi masyarakat Borneo. Ulat sagu atau ulat mulong ini berasal daripada sejenis kumbang yang hidup di dalam batang sagu, pohon rumbia, pokok mulong atau pokok pantu yang reput.

Bagi orang yang beragama Islam, ia haram dimakan sebagaimana pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafie. Ini dijelaskan oleh Dr Zulkifli, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang diputuskan berdasarkan kepada perbincangan.

Demi Sebuah ‘Content’, Perempuan Dikecam Netizen Kerana Salah Fakta Makan Ulat Sagu

salah fakta makan ulat sagu

Dalam perkembangan isu ini, minggu ini telah tular kembali di laman media sosial berkenaan perbahasan ulat sagu berkenaan. Seorang lelaki di laman TikTok menyatakan dia akan memasak ulat berkenaan dengan masak kunyit sambil dipertontonkan kepada orang ramai di dalam satu live dan mendapat kecaman orang ramai.

Setelah diperhalusi, lelaki itu sebenarnya memerli seorang perempuan yang bernama Ema Luna kerana dia sebenarnya yang mendakwa ulat yang diambilnya adalah ulat sagu, padahal ia adalah sebaliknya. Dia dikaitkan dengan isu salah fakta makan ulat sagu.

salah fakta makan ulat sagu

Menerusi video berkenaan, Ema Luna berkata, “banyak-banyak ni Ema nak tunjuk pada korang dekat dalam live, ada orang kata boleh makan. Ada orang cakap boleh goreng kunyit. So, korang nak tengok ulat ni, masuk ke dalam live Ema sekarang,” katanya dalam video tersebut.

@ema.luna_ Ulat ulat sago dimakan #ulat #ulatsagu #sagu #worm #makan #myfoodie #JomWatchLive ♬ original sound – Ema Luna

Meninjau komen netizen menerusi video @ema.luna, ramai yang menyatakan dan memperbetulkan fakta bahawa itu adalah bukan ulat sagu. Tetapi ulat tanah ataupun ulat yang biasanya diambil orang untuk memancing.

Mengambil salah satu komen netizen, @nadiapranan berkata, “sejak bila pula ulat tanah jadi ulat sagu. Ulat sagu asal dari pokok rumbia. Bukan dari pokok kelapa sawit. Pelia dia juakk,” ulasnya berkenaan isu tentang video salah fakta makan ulat sagu tersebut.

Selain itu, @wawa_sher juga memberi pendapat, “sakit perut 3 hari. tu bukan ulat sagu tu ulat tanah orang Sabah ambil untuk memancing. Sabah tidak makan tu,” komennya.

Itu Ulat Tanah Lah!

salah fakta makan ulat sagu

Jadi, sebagai pengajaran berkenaan salah fakta makan ulat sagu ini, sebelum kita mahu kongsikan sesuatu di laman media sosial, haruslah selidiki dahulu. Janganlah buat semata-mata meraih viewers, lebih-lebih lagi jika seseorang itu influencer. Pasti ramai yang menonton dan membaca fakta tersebut.

Sumber: ema.luna__

Baca juga: “Siapa Yang Luluskan?”, Gerai Makanan Halang Laluan Pejalan Kaki, Pengguna OKU Kesal

tags: | | |