Di apa-apa majlis atau mana-mana kenduri, pasti tuan rumah akan menyediakan door gift atau dipanggil goodies untuk meraikan tetamu. Lihat sahaja sekarang, pelbagai hasil kreatif yang ditunjukkan oleh semua.
Ada yang memberi botol kicap, sos, roti Gardenia dan apa-apa sahaja yang bermanfaat kepada semua. Jika dahulu, hanya bunga telur yang dijadikan buah tangan. Tetapi, sekarang banyak pilihan yang ada mengikut kepada kos dan kemampuan kita.
Seperti satu perkongsian seorang wanita yang menjadi tetamu di sebuah majlis kenduri, dia berkongsi kegembiraan apabila dia mendapati goodies yang diberi tuan rumah lain dari yang lain.
Menurutnya, goodies yang disediakan berbentuk coklat-coklat mahal seperti Ferrero Rocher, Daim dan banyak lagi jenis coklat mahal. Dibungkus pula dengan kotak cantik. Memang puas hati dan level-level ‘kayangan’.
“Kenduri orang ada-ada. Bila hang pi kenduri tauke coklat,” katanya di keterangan video berkenaan berkongsi pengalaman mendapat goodies coklat mahal.
Kongsinya lagi, memang patutlah kerana itu adalah kenduri cucu tauke coklat yang berjaya, Haji Ismail Group.
@zuliani_isa Kenduri orang ada2. #kendurikahwin
@zuliani_isa Kenduri orang ada2. #kendurikahwin ♬ Maher Zain Barakallahu lakuma – by frfaa
Melihat ruangan komen, ramai yang turut terpegun dengan goodies coklat mahal tersebut.
“Uishhh memang orang ada-ada betul,” kata netizen.
“Wahhh chocolate lover mesti suka dapat goodies macam ni,” tulis netizen lain bernama Diba berkenaan goodies coklat mahal.
“Mahu aku beratur banyak kali ambil goodies bag,” komen Amat.
Berkenaan goodies kenduri ni, berilah ikut kemampuan kita. Jangan membandingkan kos kita dengan keupayaan orang lain. Setiap pemberian yang ikhlas itu lagi penting dari segalanya.
Sumber: zuliani_isa