Peria Goreng Crispy 3x Spicy

Peria Goreng Crispy kadang – kadang bila dimakan akan rasa pahit kan. Jadi untuk hilangkan rasa pahit tu kuncinya adalah kita kena rendamnya dengan air garam selama 20 – 30 minit. Barulah hilang rasa pahit tu. Jadi bolehlah kita goreng dan tidak membazir bila makan.

Bahan – Bahan

  • Peria katak 5 bijik
  • Tepung bestari pedas
  • Sedikit garam
  • 2 cawan air

Cara – Cara

  • Masukkan sedikit garam dan 2 cawan air kedalam bekas
  • Masukkan peria yang telah dihiris nipis dan rendam selama 30 minit
  • Toskan peria yang telah direndam tadi
  • Masukkan tepung bestari pedas dan sedikit air kemudian gaul hingga sebati
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga garing
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 28 times!)