Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cacing Dan Manusia, Perlukah Orang Dewasa Juga Makan Ubat Cacing?

Cacing Dan Manusia, Perlukah Orang Dewasa Juga Makan Ubat Cacing?

Kategori: ,
perlukah orang dewasa makan ubat cacing

Cacing dan manusia, merupakan dua makhluk yang berlainan namun ianya sangat dekat dengan manusia. Namun adakah benar cacing ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Jawapannya ya. Ia boleh menjangkiti tidak kira sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa melaui pemakanan atau pun sentuhan.

Menurut Dr Nur Mahiza Md Isa, Pensyarah Kanan Makmal Parasitologi, Jabatan Patologi & Mikrobiologi Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM). Orang dewasa juga boleh mengambil ubat cacing sekiranya perlu.

Namun cara untuk membunuh cacing ini berbeza-beza mengikut kelas. Termasuk tindakan melumpuhkan cacing dengan ubat tertentu atau menyebabkan kebuluran kepada cacing kerana ia bertindak menghalang pengambilan glukosa oleh cacing.

Seterusnya cacing tersebut akan keluar melalui najis. Tetapi ada juga ubat yang akan menyebabkan cacing mati dan hancur secara semula jadi melalui proses pencernaan.

Jangkitan cacing ini sebenarnya berasal daripada telur cacing pada najis manusia dan najis haiwan seperti kucing dan anjing. Telur-telur cacing ini seterusnya akan memasuki badan manusia dan menetas lalu menembusi dinding usus.

Selepas itu ianya akan dibawa oleh saluran peredaran ke pelbagai tisu seperti hati, paru-paru, jantung, otak, otot dan mata. Jadi jangan kita ambil mudah mengenai soal cacing ini kerana bila-bila sahaja ia boleh merebak ke pelbagai bahagian badan termasuklah salur darah.

Cacing ini juga boleh menjangkiti manusia menerusi pemakanan tumbuhan air seperti selada air dan sayur kangkung, begitu juga dengan ulam-ulaman. Hal tersebut adalah kerana sesetengah ulam mungkin mengandungi larva cacing yang boleh membiak dalam usus sekiranya dibiarkan.

Tanda kecacingan

1. Cacing kait Ancylostoma,

  • Sakit perut, hilang selera.

Jangkitan cacing kait yang teruk : Kekurangan protein, Kulit kering, perut buncit, Anemia kekurangan zat besi, lemah mental dan kegagalan jantung.

2. Cacing jarum/Entreboius vermicularis

Cacing ini paling biasa menjangkiti kanak-kanak.

  • Bertelur berdekatan dubur, pada waktu malam.
  • Menyebabkan kegatalan pada anus dan vagina.

3. Cacing cambuk /Trichuris:- Larva cacing matang dalam usus manusia.

  • Boleh dijangkiti daripada ingesi makanan tercemar dengan najis manusia atau air kumbahan digunakan untuk tanaman baja mungkin tercemar dengan telur cacing.
  •  Ia membiak dan larva akan bergerak ke luar usus, ke otot dan lain-lain tisu.

4. Cacing Trichinella

  • Boleh dijangkiti daripada pemakanan daging kurang masak.
  • Yang melalui salur darah dan masuk ke tisu dan otot lain
  • Bengkak muka, sakit otot, pening, sensitif pada cahaya dan konjunktivitis.

 

tags: