Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Permaisuri Agong Buat Cili Jeruk ‘Special’ Untuk Tukang Masak Istana, Siap Kongsi Cara Membuatnya

Permaisuri Agong Buat Cili Jeruk ‘Special’ Untuk Tukang Masak Istana, Siap Kongsi Cara Membuatnya

Kategori:
Permaisuri Agong Buat Cili Jeruk

Keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah terhadap rakyat sememangnya tidak dapat boleh dinafikan. Semasa di awal wabak Covid-19 melanda negara, Raja Permaisuri Agong berkenan menyediakan juakan nasi berlauk kepada petugas kesihatan. Awal bulan Januari lepas, Raja Permaisuri Agong mencemar duli memasak untuk rakyat di Negeri Pahang yang terkesan akibat banjir.

Permaisuri Agong Buat Cili Jeruk ‘Special’ Untuk Tukang Masak Istana, Siap Kongsi Cara Membuatnya

Kali ini pula, Raja Permaisuri Agong sekali lagi membuatkan rakyat terpegun dengan sifat prihatin Baginda yang mengambil berat terhadap orang sekelilingnya. Baginda telah membuat cili jeruk ‘khas’ untuk tukang masak istana abdulaziz.

Lihat posting asal oleh Raja Permaisuri Agong:

https://www.instagram.com/p/CKLDJ98Bc5K/

Menurut posting Baginda, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cili jeruk adalah:

  • Lada
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Distilled vinegar (cuka suling) / apple cider
  • Garam
  • Gula

Cara-caranya adalah:

  1. Hiris cili secukupnya mengikut saiz bekas.
  2. Buang biji dari cili sebanyak yang boleh. Masukkan bawang merah dan bawang putih bersama dalam bekas.
  3. Dalam kuali, panaskan cuka secukupnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh lebihkan gula jika suka manis.
  4. Didihkan sehingga garam dan gula larut.
  5. Tuangkan ke dalam bekas cili tadi. Gaul sebati.
  6. Biarkan hingga sejuk dan tutup. Sedia untuk dimakan selepas beberapa jam.

Sumber: Tuanku Permaisuri Agong (Instagram)

tags: |