Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Takde Adab Dengan Rezeki” – Persembahan Sweet Table Dato Fazley Dikritik, Ramai Kata Tak Sopan Campak Makanan

“Takde Adab Dengan Rezeki” – Persembahan Sweet Table Dato Fazley Dikritik, Ramai Kata Tak Sopan Campak Makanan

Kategori:

Seni adalah satu konsep yang abstrak. Jadi, sesiapa pun boleh mengolahnya mengikut citarasa sendiri. Oleh sebab itulah sesebuah seni yang kita hasilkan mungkin kita rasakan indah, namun ia mungkin tak menarik di mata orang lain.

Seni juga boleh dipersembahkan melalui masakan. Seperti yang tular di laman media sosial baru-baru ini, hasil persembahan chef selebriti terkenal, Dato’ Fazley Yaakob mendapat reaksi berbaur daripada netizen.

Ramai Yang Pertikaikan Persembahan Sweet Table

Menerusi hantaran video yang dimuatnaik oleh pemenang Masterchef Celebrity Malaysia itu, Dato Fazley didapati menyediakan sebuah meja dengan aneka sajian pencuci mulut melalui persembahan yang dipanggil ‘Sweet Table’.

“Setiap kali saya upload video “Sweet Table” ada ramai yang pertikaikan tentang pembaziran lah, tiru budaya barat lah, tidak sopan lah, kotor lah lepastu siap tanya, kena jilat meja ke?

Namun, untuk mereka yang hadir depan mata, mereka menikmati ‘persembahan’ ini dari mulanya muzik, menyusun potongan kek, kuih, pastries, melukis abstrak menggunakan krim dan sos, menabur serpihan macarons dan gula berwarna.

Hingga detik berebut manisan yang dah target dari mula dan menjilat jari kesan menggunakan tangan mengambil dessert ini semua sampai habis licin,” coretnya dalam hantaran tersebut.

Seperti yang dijangka, video tersebut sememangnya mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata tak bersetuju dengan kaedah persembahan chef selebriti ini.

Gaya Macam Nak Bagi Ayam Makan Dedak..

Aksi campak-campak manisan yang ditunjukkan oleh Dato Fazley dalam video itu membuatkan ramai netizen kurang senang.

Tak kurang juga ramai yang menganggap cara beliau ibarat tak menghormati makanan, kurang sopan dan tak sesuai dengan budaya orang Asia.

Seni Mender Camni?

Menerusi ruangan komen, ada juga netizen yang tidak memahami nilai seni yang ingin ditonjolkan oleh Dato Fazley. Kata netizen, Sweet Table ini tiada nilai estetik, sekadar campak-campak begini sesiapa pun boleh buat.

Apa pula pendapat anda mengenai persembahan makanan yang ditunjukkan oleh Chef Fazley? Bolehkah seni persembahan sebegini diterima oleh masyarakat Malaysia?

tags: |