Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Persoal Gaji Pekerja 99 Speed Mart Rendah Walau Pengusaha Jutawan, 99 Speedmart Pertahan Struktur Gaji Pekerjanya

Ramai Persoal Gaji Pekerja 99 Speed Mart Rendah Walau Pengusaha Jutawan, 99 Speedmart Pertahan Struktur Gaji Pekerjanya

Kategori: ,
gaji pekerja 99 Speedmart

99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd mempertahankan struktur gaji pekerjanya. Mereka menafikan sama sekali syarikat tersebut kedekut dalam memberikan gaji.

Malah 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mendedahkan bahawa gaji yang ditawarkan kepada pekerja mereka adalah adil serta lebih daripada angka gaji minimum yang telah ditetapkan kerajaan menerusi Akta Pekerja (Pindaan) 2022.

Ramai Persoal Gaji Pekerja 99 Speedmart Rendah Walau Pengusaha Jutawan, 99 Speedmart Pertahan Struktur Gaji Pekerjanya

Ini selepas tular di media sosial tentang dakwaan bahawa syarikat tersebut tidak adil dalam membayar gaji pekerjanya. Yang didakwa menjadi punca kenapa pengasasnya berjaya mencapai status billionair Malaysia baru baru ini.

Ramai yang mendakwa bahawa gaji dibayar tidak setimpal dengan bebanan kerja yang diberikan yang dianggap terlalu banyak. Terdapat juga dakwaan bahawa Speed Mart menindas pekerjanya dengan polisi seperti pengurus cawangan atau pekerja mereka diminta membayar kos, jika berlaku kecurian atau troli hilang.

Ada juga yang mendakwa pengurus cawangan pasar mini itu hanya menerima gaji sekitar RM2,387 sebulan.

Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang, menjelaskan bahawa syarikat mereka beroperasi dalam bidang pasar mini yang ada cabaran tersendiri dan dalam keadaan unik,

Ada Cabaran Tersendiri

Dipetik daripada BH Online, Yong Eng Kwang berkata: “Di bawah Akta Pekerja (Pindaan) 2022, gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,500 sebulan.

“Ini memberi jaminan bahawa 99 Speed Mart bukan sahaja memenuhi keperluan undang-undang ini, malah, kami membayar lebih daripada itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada gaji asas yang adil, pekerja mereka juga diberikan insentif dan faedah lain. Ini termasuk kenaikan gaji tahunan, bonus akhir tahun serta akses kepada klinik panel.

Seterusnya Yong Eng Kwang juga menegaskan bahawa setiap pekerja dibangunkan untuk petumbuhan karier dan peluang latihan. Selain itu, para pekerja juga diberikan kad SIM percuma dengan data 40GB sebulan berserta panggilan tanpa had serta baucar makanan secara percuma.

Mengulas tentang dakwaan dikerah untuk bekerja lebih masa, 99 Speed Mart menjelaskan bahawa, kerja lebih masa adalah atas persetujuan kedua dua pihak. Dengan bayaran untuk kerja lebih masa disediakan.

Eng Kwang kecewa dengan tuduhan bahawa pengurus cawangan menerima gaji sekitar RM2,387. Kerana menurutnya ada beberapa pengurus cawangan pasar mini itu jika dilihat – gaji pekerja 99 Speedmart itu telah menerima gaji lebih RM4,000 sebulan.

Ianya sebagai tanda menghargai dedikasi dan kerja kerjas mereka dalam membantu operasi kedai.

Akhir sekali Yong Eng Kwang menganggap pekerja mereka adalah tulang belakang 99 Speed Mart. Dan mereka juga sedar dengan cabaran ekonomi masa kini, “Itulah sebabnya kami bekerja tanpa jemu untuk memastikan harga kami rendah, memastikan barangan keperluan kekal mampu milik untuk semua orang,” jelas beliau lagi.

Sumber: Berita Harian

Baca lagi: JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal, Salah Guna Logo Halal Tak Sahih

tags: |