Baru-baru ini, Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan pihaknya telah melancarkan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai pada tahun ini dengan kolaborasi bersama syarikat minyak, PETRONAS.
Dalam program yang dianjurkan itu, beliau memberitahu bahawa pengguna tidak perlu membuang minyak terpakai sebaliknya mengitar semula di PETRONAS dengan setiap 1 kilogram (kg) minyak masak akan diberikan wang RM3.
Katanya, inisiatif ini menyasarkan lebih 300,000 kilogram (kg) yang bertujuan untuk mempromosikan kitar semula minyak masak terpakai (UCO).
Difahamkan, sebanyak lima bazar Ramadan terpilih melaksanakan program tersebut, antaranya ialah bazar ramadan Desa Pandan, bazar ramadan USJ4, bazar ramadan Bandar Kinrara, bazar ramadan Puchong Prima dan bazar ramadan Puncak Jalil (PUJ3).
Pun begitu, Johari berkata minyak masak terpakai juga boleh dihantar ke stesen 50 stesen Petronas berhampiran untuk menjualnya.
Perkara itu turut dimaklumkan oleh PETRONAS di laman web rasmi syarikat tersebut.
Jadi, bagi mereka yang ingin mengitar semula minyak masak terpakai boleh pergi ke mana-mana stesen minyak PETRONAS yang melaksanakan inisiatif tersebut.
Berikut adalah 50 senarai stesen minyak PETRONAS yang terpilih di seluruh negara mengikut tarikh dan waktu;
Dalam pada itu, orang ramai juga boleh mengitar semula minyak masak terpakai di bazar Ramadan memandangkan Kementerian Perladangan dan Komoditi bersama PETRONAS telah meluaskan program tersebut di beberapa bazar Ramadan yang terpilih.
24 Februari 2024 (9 pagi hingga 3 petang)
Kedah
Johor
Kelantan
Terengganu
25 Februari 2024 (9 pagi hingga 3 petang) Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya
Perak
Melaka
Pulau Pinang
Pahang
Sarawak
Sabah
2 & 16 Mac 2024 (9 pagi hingga 3 petang)Kedah
Johor
Terengganu
3 & 17 Mac 2024 (9 pagi hingga 3 petang)Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya
Perak
Melaka
Negeri Sembilan
Pulau Pinang
Pahang
Sarawak
Sabah
9 & 23 Mac 2024 (9 pagi hingga 3 petang)Kedah
Johor
Kelantan
Terengganu
10 & 24 Mac 2024 (9 pagi hingga 3 petang)Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya
Perak
Melaka
Pulau Pinang
Pahang
Sarawak
Sabah
Semoga perkongsian kitar semula minyak masak terpakai ini bermanfaat buat semua. Jadi, tak perlu lagi membazir jika korang ada minyak masak terpakai. Bolehlah tukarkan dengan wang ringgit.
Sumber: PETRONAS
Baca juga: Pelanggan Terkejut Dapat Air Macam Tabung Shisha Untuk Buka Puasa, Harga RM8 Buat Ramai Puas Hati