Tikus merupakan haiwan perosak yang agak sukar untuk dicegah. Kalau guna racun sekalipun setelah dua atau tiga bulan pasti akan datang lagi tikus yang lain. Kalau rumah dihuni dengan si kecil ini pasti ada pelbagai masalah. Selain pakaian dan baju rosak rumah juga turut berbau busuk dek kerana najisnya itu.
Jadi bagaimanakah cara untuk menghalau tikus ini? Silap hari bulan kalau tidak dicegah ia boleh membawa maut. Mungkin anda boleh amalkan atau guna salah satu daripada 10 petua di bawah ini.
Memandangkan daun pandan ini berbau wangi jadi tikus tidak menyukainya. Jadi anda boleh simpulkan atau hiris beberapa helai daun pandan dan letakkan di dalam bilik atau rumah anda. Mungkin anda juga boleh meletakan daun pandan ini di laluan tikus.
Selain merawat demam, daun semambu ini juga dapat menghalau tikus. Anda boleh meletakkan daun semambu ini di laluan tikus.
Jering merupakan ulam yang sangat enak dimakan dengan budu dan nasi putih yang panas-panas. Namun jering ini juga boleh menghalang rumah anda dari dihuni atau didatangi tikus. Apa yang perlu anda lakukan adalah letak jering bersama tangkainya dekat dapur. Biarkan sehingga ia menjadi kering.
Buah pong-pong ini juga bagus digunakan untuk menghalau tikus. Hanya letakkan pada kawasan yang disyaki ada tikus, InshaAllah tikus tidak akan datang lagi. Namun buah pong-pong ini beracun jadi jangan makan ya!
Durian belanda memang bagus untuk kesihatan manusia. Selain itu daunnya ini juga boleh menghalau tikus. Caranya adalah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus.
Ambil dua biji atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu itu menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia d dalam mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.
Buah kepompong atau buah perah merupakan buah yang berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Selain enak dimakan rebus, buah ini juga boleh menghalau tikus. Caranya adalah letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di sarang tikus.
Petua halau tikus selain daripada cara di atas adalah dengan menggunakan serai wangi. Ambil beberapa batang serai wangi dan letakkan di laluan tikus atau kediaman anda.
Demikian merupakan petua untuk menghalau tikus. Apabila menggunakan bahan semulajadi, pasti ianya lebih selamat. Korang juga jangan lupa untuk menjaga kebersihan rumah. Pastikan sampah jangan disimpan terlalu lama. Seeolaknya sampah berkenaan di buang awal pagi dan malam.
Kredit: Nieyla Husna Via Info, petua & Ilmu Agama